Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Air Selusuh


Assalamualaikum! Selamat hari Jumaat ^_^

               Entri ni memang sinonim dengan orang mengandung kan? Tambah-tambah lagi si buyung di minggu ke-38 neh. Menghitung hari gitu noks. Aku pening jugak pasal air selusuh ni pada mulanya. Kalau tanya orang-orang tua macam-macam versi air selusuh la yang kita dapat dengar. Yang pelik-pelik, ekstrem,  dan 'tak tercapai akalmu' pun banyak.

                Yelah, mana tak pelik. Ada orang tu, Kak La (bukan nama sebenar) siap suggest aku minum air yang dah dijilat kucing. Maknanya, lepas kucing minum, aku pulak minum air tu. What the........ Memanglah rumah aku ada bela banyak kucing. Tapi buatnye kucing tu baru telan tikus ke, cicak ke, katak ke, tak ke kena jangkitan kuman aku nanti. Haish...

RM10 / bottle

                Nak mudah, aku beli je air Musoffa yang dah siap-siap dibaca ayat-ayat suci Al-Quran dekat pasaraya. Pastu mintak tolong abah buatkan. Tapi abah cakap,

lagi afdhal kalau abang ngah yang buat angah. Nanti abah pun tolong-tolong la jugak. Lagi ramai buat lagi bagus, sama-sama doakan.

 Hurm. Untunglah ramai orang nak buatkan. Lagi ramai orang doakan lagi bagus ye dok? Untuk aku, abah suruh banyak-banyak baca Doa Nabi Yunus ni. Tiap-tiap lepas solat Maghrib, bacalah 400x kemudian berhajat mintak diberi keringanan dari sakit bersalin tu. Mintak diberi ketabahan nak menghadapi sakit tu. Sakit no. 2 lepas Sakaratul Maut. Insaf aku. Berdebar tak yah cakaplah.

         
~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari golongan orang-orang yang menganiayai diriku sendiri ~

               Nak bagus, si bakal ibu sendiri, jadikanlah wirid ayat ni ye. Bila ingat je, terus baca. Bila dah sakit nanti, baca lagi sampai 400X kalau boleh. Selain daripada tu, ni ada lagi cara-cara suami nak buat air selusuh untuk isteri :-
Sebenarnya ada bersepah dalam internet. Ni salah satu dari link nya yang aku rasa mudah & jelas. Masuk 7 bulan sebenarnya dah boleh start minum air selusuh 2 kali sehari (sebab tak tau bila akan bersalin) dan nanti masa sakit pun nak minum lagi. So, belilah banyak-banyak sikit.
Jangan lupa selawat atas Rasul junjungan (3x @ 7x @ 11x) sebelum minum. Mohon syafaat Baginda =)

Wokeh, lepas ni nak ajak B cari air Zam Zam pulak ^_^

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol