Aku tak taulah orang lain pernah
lalui perkara yang sama ke tak, tapi aku just nak share pengalaman aku during early pregnancy dulu. In fact, masa tu aku pun belum tau lagi aku pregnant.
Ceritanya
bila awal-awal lepas kahwin tu (inai di jari pun belum hilang lagi), aku pergi melawat jiran sebelah rumah yang baru je dapat 2nd baby. Babygurl, Aida
Attiyah namanya. Aku pun buat-buat macam tak kekok lah kunun dukung baby.
Kenalah praktis dari awal kan. Hehe. Sekali, angkat je baby tu terus melalak
sekuat-kuat hati. Macam aku ada cubit dia jek.
Bayangkan, baby yang belum lepas hari melalak bila kau dukung. Terlalu obvious yang kau ni ada aura gelap lagi ganas yang menakutkan kanak-kanak. Hadoila. Mama dia pun pelik. “Baby besar ni mana kenal orang lagi. Lagipun kalau orang lain dukung dia tak nangis. Dah check belum ni? Ntah-ntah dalam perut ni dah ada baby tak?” Mama dia cakap kat aku. “Ish, takdelah kak. Saya baru kawen berapa minggu kot”.
Bayangkan, baby yang belum lepas hari melalak bila kau dukung. Terlalu obvious yang kau ni ada aura gelap lagi ganas yang menakutkan kanak-kanak. Hadoila. Mama dia pun pelik. “Baby besar ni mana kenal orang lagi. Lagipun kalau orang lain dukung dia tak nangis. Dah check belum ni? Ntah-ntah dalam perut ni dah ada baby tak?” Mama dia cakap kat aku. “Ish, takdelah kak. Saya baru kawen berapa minggu kot”.
"jangan-jangan angah pregnant. Perempuan kot. Sebab orang cakap kalau sama-sama pompuan, atau sama-sama lelaki, baby tak suka. Sebab tu dia nangis."
Tak
lama lepas tu, aku bawak mama pergi Klinik Dr. Erlina kat Taman Chukai. Klinik ni
klinik pakar kulit dan pakar kanak-kanak. Tapi
tak pasti yang mana satu pakar kanak-kanaknya. Yang pasti, klinik tu
memang selalu penuh dengan budak-budak kecik dan baby yang tak sihat @ nak check up. Tengah tunggu giliran,
tiba-tiba ada sorang babyboy merangkak atas lantai klinik pastu panjat
kaki aku. Mak dia datang ambil. Dua minit pastu, baby tu datang lagi. Mak dia
ambil lagi sekali. Tengok-tengok, eh, datang lagi! Mama bisik kat aku,
“jangan-jangan angah pregnant. Kalau pregnant, perempuan agaknya sebab budak lelaki suka sangat kat angah.”
Sekali, dia dongak atas pandang muka aku. Senyum. Pastu peluk lagi kaki aku. Sekejap lepas tu mama dia datang, sengih-sengih kat aku. Segan agaknya anak dia ter’silap’ mama. Best part is, even masa mama dia datang that boy still melekat kemas-kemas melingkar kat lutut aku. Tamao lepas. Pasrah je aku time tu. Kalau dikenang-kenang balik sekarang, indahnya moment tu. Lepas mama budak tu berjaya tangkap anak dia B pusing belakang sekali imbas, tengok baby tu sekali lagi, pastu bisik kat aku
"pelik kan yang."
Tak lama selepas ketiga-tiga kejadian di atas, B kena demam panas. Demam yang sangat panas, sampai tak larat bangun langsung, sampai makan minum kena suap, malam-malam meracau dan yang paling tak best, demam tu berpanjangan dan berulang-ulang. Let say dia dah demam tiga hari, makan ubat, kebah, pastu 2, 3 hari kemudian demam lagi. And it keeps repeating for almost 2 weeks jugak rasanya. Last-last abah cakap, "angah dah check dengan doktor?" Lah, apehal aku yang nak kenak pegi buat check up pulak? B yang demam bukan aku. Abah cakap
"pergilah check, takut-takut dah ada isi. Abang ngah bukan demam biasa tu, dia alahan. Masa mama mengandungkan kamu dulu abah pun macam tu jugak."
Conclusionnya, teori oarang sekeliling aku memang tepat yang aku dah pregnant. Tapi yang tak boleh pakainya ialah diorang suspek aku akan dapat babygirl. Padahal aku bakal dapat babyboy ^_^ Dah nampak seawal 4 bulan lagi. Nanti aku cerita pasal aku pergi scan dekat entri lain ye. Up to this date, dah 2x scan dan kena buat sekali lagi final scan dekat Al-Farabi 12 Feb ni. Aku rasa baby memang tak pandai dengki-dengki la. Diorang lagi excited kalau bakal dapat kawan yang sama jantina. Nanti boleh geng, boleh main sama-sama. Agaknyalah.
Bagi aku, paling sweet ialah bila aku fikir betapa kuatnya 6th sense yang Allah S.W.T anugerahkan pada insan-insan cilik ni. Mungkin sebab hati nurani diorang yang sangat bersih, suci, diorang dapat rasa yang aku sedang carry satu 'jiwa' in my body. Kalau dulu budak-budak kecik ni, aku baru datang dekat, belum pegang dah nangis. Macam nampak hantu. Sekarang diorang berani datang dekat, smile, hug me even tak kenal. Sweet sangat. Barulah terasa naluri keibuan tu slow-slow wujud dalam diri nih. Ceewah gitu.
This time aku cerita pasal budak-budak, next entri ada masa aku cerita pasal orang-orang dewasa yang sweet pulak. Huhu. Oklah, sebelum aku berjanji lebih banyak, baik aku blah dulu. See you guys next entri =)
No comments:
Post a Comment