5th CHECK UP (18th Dec 2013)
Result
1st and 2nd time scan baby ritu, nurse suruh kepilkan
sekali dalam Buku Pink supaya senang doktor nak review nanti. Di minggu ke-28
(kandungan 7 bulan) ni aku dah kena mula mengira gerak janin. Mula pukul 9 pagi,
dan kena take note masa gerakan ke-10.
Kalau
masa gerakan ke-10 kurang dari 12 tghari (terlalu cepat) atau lebih dari 10
malam (terlalu lambat) kena pegi hospital on the spot. Cara nak kesan
pergerakan baby pulak, ialah bila kita rasa baby macam menendang tu. Kalau pergerakan
tu 2, 3 kali berturut-turut, kita consider tu sebagai 1 pergerakan aje. Kalau beberapa minit
kemudian ada rasa pergerakan lagi baru dikira sebagai pergerakan seterusnya.
Macam yang aku cerita dalam entri sebelum ni, perut aku selalu menegang (start 7 bulan) pastu
dia macam keras-keras gitu. Itu tak dikira sebagai pergerakan.
Gerakan
baby yang terlalu rapid atau terlalu slow indicate yang baby might have problem. Mengikut kata nurse tu lah. Takut dia terbelit tali pusat ke, lemas
ke, heart beat dia terlalu slow ke, tak cukup oksigen ke. Late action boleh
menyebabkan baby tak dapat diselamatkan. Ish3x. Aku kadang-kadang lupa nak
bawak buku pink dtg office. Aku tanda dulu dalam diari, balik rumah baru tulis.
Kalau aku kena berada di luar, aku akan ingat berapa kali dah baby gerak dan
bila balik baru tanda.
Dalam
buku pink tu ada 3 page Carta Gerak Janin:-
v
28 – 31 Minggu Kehamilan
v
32 – 36 Minggu Kehamilan
v
36 Minggu Kehamilan – Bersalin
Tanda betul-betul & sila jangan mengelat. |
One thing I noticed about my baby, dia memang sangat kurang
bergerak siang hari. Cuma kalau dia rasa sejuk bila mommy dia mandi, atau kaki
tersentuh lantai bilik air, baby akan response dengan perut jadi sangat tegang.
Tapi memang most of the time dia akan tidur siang. Elok je lepas orang azan
Maghrib, baby pun memulakan aktiviti dia. Tamao duk diam dah. Especially time
aku nak tido. Posisi tido aku yang paling baby tak suka adalah tido mengiring.
Dua-dua side perut aku kena ‘side kick’.
Sebab tu aku punya chart yang 1st
page tu kebanyakan masa dia 6.30 - 8.30 malam. Tapi tak pernah lagi sampai
tengah malam baru habis 10 pergerakan.
Itu cerita masa 7 bulan. Sekarang dah ok. Baby dah rajin. Dah pandai bangun pagi. Kalau
dia tak bangun, aku tepuk-tepuk jugak perut kasi dia bangun. Mihmihmih. During
my next check up aku bagitau nurse “baby saya tak gerak sangat kalau siang. Malam
baru aktif. Normal ke tu?” Nurse tu jawab
“tak ada masalah. Cuma kalau boleh, pagi-pagi tu kejutkanlah dia. Kalau terbawa-bawa sampai ke lahir nanti, tak tidurlah jawabnya awak dengan suami awak. Tido siang, malam bangun nak main.”
Wokeh baby, sila bangun sekarang jugak!!
P/s: masa ni Hb aku dah naik sket. Menjadi la makan Pramilet
tablet tu.
No comments:
Post a Comment