Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Makan Angin Kuala Cry


Hai korang, ni cerita weekend aku.

               Last weekend, aku pergi makan angin for the last time. Maksud aku last sebelum aku deliver baby aku (bukan taknak makan angin forever tau) dan kalau ikut due date aku, this is the very last time agaknya aku travel jauh-jauh camni dengan B. Lepas ni bakal bertiga dah.

               Kalau ikutkan mak dan abah mertua aku, diorang dah tak bagi aku jenjalan dah apatah lagi nak travel 5 hours ++ camni. Tapi nak buat camne, dah menantunya keras kepala. Alaa, takde hal punya, balik kampung je kot. Lagipun balik kampung kali ni best sebab aku tak balik berdua dengan B macam selalu. Aku angkut mama, adik Izzah dan atuk sekali. Tadaaa!!

Seronok korang jenjalan + shopping2 ye. Hehe.
               Kami akan berada di Kelantan lebih kurang 3 hari. Khamis malam bertolak ke Kuala Krai dan gerak balik Kemaman pada Ahad pagi. Aku amik annual leave hari Jumaat tu.

               Khamis malam tu kami gerak dalam pukul 8.40. Dengan aku dan B dua-dua keletihan baru balik kerja. B lagilah, baru sampai rumah dari Gebeng. 40 minit drive. Pastu nak kena drive lagi. So, aku pun dengan nada bertolak ansur, "takpelah ayang drive dulu. Nanti penat, abang sambung pulak k". Ops Sikap sempena Tahun Baru Cina belum habis lagi jadi banyak kali jugaklah kami jumpa road block sepanjang jalan tu. 
               Ada cerita best pasal road block tau. Ceritanya macam ni. Mula-mula masa kena tahan polis dekat Setiu, aku dengan muka confident hulur lesen aku. Polis tu cakap "Eh, ni lesen L ni. Mana boleh bawak penumpang." Barulah gelabah bukak purse cari lesen betul. "Ok, jalan-jalan." Hehe. Tak memasal jek. Masa kami nak masuk sempadan Kelantan pulak, aku nampak kon oren polis dengan polis ramai-ramai tepi jalan dari jauh lagi. This time lesen aku dah siap sedia atas dashboard (sebab tadi dah kena tahan kan). Aku dengan muka confident (sekali lagi), berhenti, turunkan cermin, "Assalamualaikum Encik". Kali ni polis tu tak mintak lesen. Dia senyum aje kat aku. Sekali B sound aku
Sayang, polis tu Cina la. Awak bagi salam kenapa? Abang kenal la polis ni, dia memang selalu jaga sempadan ni.
Kuang, kuang, kuang. Manalah aku tau. Musim-musim ni ada jugak polis berbangsa Cina yang tak cuti raya. Selamat bertugas abang polis ^_^ Patutlah muka cam Chinese look je.

               Aku drive dari Kemaman sampai Dungun. Singgah makan dekat Dungun. B take over sampai Setiu, dan aku pulak take turn sampai Kuala Krai. Sampai sana dah pukul 2 lebih camtu. Kesian tuan rumah kena layan kitorang sampai pukul 3 lebih, baru masuk tidur.

Jumaat, 7 Feb 2014

              Just get some rest dari perjalanan yang memenatkan semalam. Petang harinya, ma dan abah bawak kami jalan-jalan umah Mek (umah nenek sebelah abah B). Sembang-sembang (terlongo mama dengan atuk tak faham dengar diorang kecek Kelate), siap dapat buah tangan limau bali lagi untuk bawak balik Kemaman.

               Malam, kitorang goreng keropok lekor dengan karipap yang dah bawak siap-siap dari Kemaman, lepak-lepak tengok Maharaja Lawak Mega yang tak berapa lawak tu. Sebelum tu Pahang menang 3-2 dengan JDT. Yeeha, yeeha!!

Sabtu, 8 Feb 2014

              Aku memang dah niat, kalau mama dan atuk sampai Kuala Krai lagi sekali (diorang pernah sampai masa majlis sambut menantu dulu), aku nak bawak diorang pergi Pasar Tani. Untuk pengetahuan korang Pasar Tani ni dibuka tiap pagi Sabtu. Dalam pukul 11 camtu dah tutup dah. Pasar Tani diorang heaven woo, banyak gerai, murah-murah, macam-macam ada. Baju, makanan, barang-barang rumah, barang-barang basah (sayur-sayur & lauk-pauk), tudung-tudung (ni feveret gue), selimut/ langsir bundle, anak-anak pokok, sampai ikan laga dengan kura-kura pun ada jual.

               Aku terpaksa tinggalkan mama, atuk, adik-adik, ma & abah shopping dulu sebab aku sikit-sikit nak kencing. Baru sampai, nak kencing lagi. B lah yang duk temankan aku ulang-alik dari pasar tani ke tandas awam =( 


Tangan yang menyebok buat peace kat tepi tu, tangan B. Handbag aku pun B yang bawakkan.

               Atuk dan mama berjaya menghabiskan duit dan membawa pulang hasil yang agak boleh tahan jugaklah. Sampai ranap kereta aku dibuatnya. Tikar, makanan, buah, atuk beli buah tangan untuk menantu-menantu perempuan dia, baju. Huhu. B pulak, macam biasalah. Tanpa segan silu dan syak wasangka menuju ke gerai yang jual anak-anak pokok.

"Abe, ni pokok apo be?"

Tersenyum puas selepas berjaya menyambar anak pokok cili warna purple dengan anak pokok delima.
               Ingatkan cerita shopping kami just habis kat situ. Betis aku memang dah sengal habis sampai ke paha (malam sebelumnya kena cramp masa sedang tidur, siangnya pulak berjalan tak hengat dunia). Tapi abah tak puas hati lagi. Dia plan lagi malam tu nak bawak kami pegi Wakaf Che Yeh yang feymes sangat tu.

               Ni adalah first time aku sampai Wakaf Che Yeh. Meriah sangat. Barang pun sangat murah nak compare dengan Kemaman. Almost separuh harga lagi murah dengan kualiti yang sama. Sempat jugak sambar baju dengan tudung beberapa helai. Mama dengan atuk memang tak hengat dunia dah membeli-belah. Next time, kalau nak ajak diorang datang Kelantan lagi, aku kena make sure bawak kontena nak angkut barang-barang diorang. B pulak datang Wakaf Che Yeh dengan satu je niat yang tulus murni, BELI JERSEY THE RED WARRIOR. Dan malam tu, Kelantan kalah 1-2 dengan Perak. Sabolah B, takde rezeki la tu. Huhu.

Sukelah tu. Tiap-tiap tahun mesti nak Jersey TRW yang latest punya.
Di hadapan rumah ma. Thanks abang, bawak Si Labu pegi jalan-jalan.


Ahad, 9 Feb 2014

               Hari ni dah nak gerak balik. Sob, sob. (T_T) Tak puas tau duk kampung. Dahla Kuala Krai ni sejuk, siap berkabus bagai. Terasa macam kat Scotland pulak. Hari ni last la aku dapat makan nasi kerabu Kelantan. 3 hari duk sini, tiap-tiap hari abah belikan nasi kerabu untuk menantu dia nih. Lagi, abah belikan aku jeruk kelubi, macam-macam jenis kuih-muih yang aku pun tak tau nama. Sebelum balik tu merasa jugaklah aku mandi kolah kat tepi rumah ma ditemani B, pacat dan katak pisang laki-bini. Atuk pun macam sayu je cakap "tak taulah bila boleh sampai sini lagi".

               Perjalanan balik, B yang drive. Aku drive bila start masuk highway je. Pastu kitorang singgah minum air nyior muda dekat Pantai Kemasik.

B tamao snap gambar meter sebab tak nak galakkan aku memandu laju katanya. Ceh, tergugat la tu.


Takpelah mama, atuk, adik. Ada masa, kita datang lagi k =)


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol