Mild Contractions at 36 Weeks


               Aku tak tau apa symptoms atau macam mana rasanya orang dah dekat nak bersalin (selain dari pembacaan) sebab tak pernah alami lagi. Tapi start last-last minggu ke-35 sampai dah masuk minggu 36 ni, ada rasa lain macam sikit. Benda-benda yang tak pernah rasa sebelum ni.

               Contohnya macam perut yang menegang dan mengeras. Sebelum ni dah biasa rasa perut macam keras-keras gitu, tapi last Monday nite, perut aku menegang dari pukul 8 sampai pukul 11. Memang agak tak selesa, tapi tak sakit pun. Ateh balik dari Tuisyen, dia tanya nape aku nampak macam pucat. Siryes aku tak rasa sakit. Tapi memang lepas 3 jam berkeadaan macam tu aku macam dah keletihan sangat.

               Sekarang ni pun perut asyik rasa senak sikit-sikit dan sekejap-sekejap yang buat kita jadi confuse sendiri, aku ni nak beranak ke nak 'berry' nih? Setiap kali baby gerak pulak akan terasa ngilu yang amat-amat sangat kat pangkal ari-ari (biasanya cuma jadi bila nak kencing), sampai rasa macam gall bladder tu nak burst padahal tak nak kencing pun. Too much info is it?

               Aku dan nasi putih panas-panas dah mula berkawan baik sekarang. Pantang nampak nasi, mesti nak melantak aje kerjanya. Tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja mesti sepinggan nasik dah masuk dulu dalam perut. Every morning without fail. Yang best nye, hari-hari lauk ikan panggang kosong camtu je dengan nasi putih. Yang itu 'major breakfast' (terms rekaan aku semata-mata). Sampai office, dah pukul 9 lebih camtu I'm having 'minor breakfast' pulak. Minum hot Milo ke, hot Chocolate, Nestum, tak pun horlicks with cereal, oats. Ikut selera aku pada hari tu la.

               Selain tu, aku punya biological clock pun dah tukar habis. Dulu aku handover Pusat Tuisyen dekat ateh sebab nak rehat dan nak buat preparation untuk baby pada malam hari. Tak pun setelkan personal matter macam basuh baju ke, lipat baju ke, kemas bilik ke sebab siang gotta go to work. Sekarang aku prefer bangun 4.30 atau 5.00 pagi dan mulalah hari busy aku. Semua aku setelkan di awal pagi sebelum masuk office sebab malam, pukul 8.30 dah 'black out'. Sempat tengok Ariana Rose aje, berita tak sempat habis lagi dah kiok dulu.


               Aku semacam ada firasat halus yang merasakan aku akan bersalin lebih awal dari jangkaan. Semalam, masa buat final scan pun doctor macam bagi hint yang sama. Ni yang menguatkan lagi firasat aku neh. Entahlah aku ni dah ready ke belum. Tak kisahlah mana-mana pun, atau bila-bila masa pun. Aku cuma nak selamat semuanya.

2 comments:

  1. naila dlu keluar 41minggu....fuhhh...penat tunggu*lap peluh* hahaha...selamat beranak ilah!

    ReplyDelete
  2. Doakan aku dgn baby selamat ye Wa =)

    ReplyDelete

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol