Minat aku pada kasut tumit tinggi ni bermula ketika post-graduate. Berkerja sebagai pensyarah di sebuah private college mewajibkan tenaga pengajar wanita mengenakan make-up dan berkasut tumit tinggi. Sila akur kalau tak nak dilayangkan surat tunjuk sebab. Eksploitasi terhadap wanita sungguhlah korang ni. Dahla aku mengajar Occupational Safety & Health, pemakaian aku pun dah tak menggambarkan seseorang yang mementingkan keselamatan dan kesihatan.
Cukuplah itu sebagai mukaddimah. Di situlah bermulanya cinta aku terhadap kasut tumit tinggi ni. Walaupun macam-macam artikel dah aku baca pasal bahaya high heels ni, beratus-ratus post di fb, tapi tetap degil. BEAUTY IS PAIN. Ada faham? Sekarang walaupun dah berkerja di company yang tak ada tetapkan kod pakaian, aku tetap seronok mengumpul high heels. Hobi. Nak buat camne, walaupun pakai tak selesa dan kadang-kadang kaki sakit, tetap nak pakai jugak.
|
Saintis pun cakap bahaya pakai high heels. |
Somewhen around July, bila B dapat tau aku pregnant dia dah haramkan sebarang jenis kasut bertumit. Tak kira la, Stiletto ke, Wedges ke, Platform ke, hatta Kitten Heels yang tumit cinonet tu pun dia tak bagi. Sob, sob T_T Tapi yelah, untuk kebaikan budak dengan mak budak jugak. Kalau kau tergelincir ke, hape ke, tergeliat ke kaki tu, pandai pulak merengek bagitau laki kan. Jadi, nak elak dari terjadi macam tu, jangan durhaka dan jangan lawan cakap laki tuh.
Sebagai galakan untuk aku mula pakai kasut tapak rata, B pun bawak aku pergi kedai kasut beli kasut baru. Dan bermulalah episod duka dalam hidup aku. Sekarang semua kasut/sandal aku B yang pilih. Kriteria wajib:-
- bertapak rata serata-ratanya
- tapak mesti grip
- material lembut yang tak sakitkan kaki
Nampak tak betapa soal rupa bentuk dan warna langsung tak dipertimbangkan di situ. Nampak selesa kat mata dia, muat kaki aku, bawak pergi kaunter, bayar. Aku cuma tak kisah sebab beli pakai duit dia jek. Ngee~~
Sebenarnya, kasut tumit tinggi ni bukan tak bagus untuk ibu mengandung je. Perempuan tak mengandung pun tak elok jugak pakai (lelaki ada ke pakai?). Bukan aku kata, pakar kata.
Baca di sini. Tengok gambar kat bawah ni. Kasut macam ni walaupun cantik (dan rasa seksi bila pakai, aww), tapi dia menambahkan tekanan pada kaki, seterusnya bagi kesan pada postur badan, lutut, betis, tendon achilles, tumit, buku lali dan tulang-temulang pada kaki korang tu. Eh, kaki aku jugak.
Itu baru kesan pada perempuan tak hamil. Kalau hamil lagilah bahaya. Aku ada baca dekat page Baby Center, during pregnancy ligamen-ligamen yang support bahagian bawah belakang jadi lemah, tegang dan ada high tendency untuk rosak. Bila pakai high heels, dia akan alter postur badan dan bagi lebih tekanan dekat bahagian yang lemah tu. Mungkin ada hikmahnya semua kasut dalam koleksi aku tenggelam dek
banjir baru ni. Ada certain kasut tu, macam kasut hadiah hantaran kahwin aku tak sempat pakai lagi. Yang pakai masa majlis resepsi pulak, baru pakai sekali. Bolehlah aku mulakan gaya hidup sihat dan mula beli flat lepas ni.
|
Tinggal beberapa pasang ni aje yang sempat diselamatkan. |
Akhir kata, selamat tinggal kasut tumit tinggi & stiletto yang seksi, cantik lagi menawan.......
No comments:
Post a Comment