Ahad lepas sahabat call. Ceria nada sahabat
ucap tahniah untuk perkahwinan ateh
& abang teh Disember lepas. Khilaf aku. Terlupa maklumkan sahabat. Sebab
majlis yang dibuat pun cuma kecil-kecilan untuk merai keluarga dan kawan-kawan
terdekat.
Mujur
sahabat tak kecil hati.
Lepas saling bertukar cerita, aku bertanya khabar sahabat. Baru
aku tahu sahabat telah kehilangan. Malah
waktu aku berkongsi cerita gembira aku dengan sahabat beberapa bulan lepas, sahabat baru sahaja
kehilangan. Baru sekarang sahabat buka cerita.
Waktu tu, sahabat tak mahu kongsi cerita sedih beliau atas
alasan takut mengganggu ‘mood’ gembira aku ketika tu. Waktu aku kongsi cerita
gembira aku, sahabat pendam cerita sedihnya sendiri. Mungkin ini resmi sahabat. Kegembiraan terhampar untuk semua, kesedihan didakap sorang-sorang.
P/s: Terlihat akhlak Islam pada yang tidak muslim. Kadangkala, cari akhlak Islam pada yang
muslim itu sendiri, belum tentu ada.
No comments:
Post a Comment