Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Selamat Hari Lahir Abang Teh & Along


               Semalam birthday Abang Teh. 9/2/2014. Alhamdulillah, 23 tahun dah tahun ni. Dah selamat jadi suami orang pun. Angah doakan, abang teh panjang umur dalam iman, Allah bagi rezeki yang melimpah-ruah (mana tahu ada rezeki dengar khabar gembira nak dapat anak saudara baru ke tahun ni, hehe ^_^), hidup rukun damai di samping isteri tercinta.

               Alhamdulillah, murah betul rezeki si pengantin baru. Bisnes ateh pun nampak makin maju. Nampak sangat keberkatan ikatan perkahwinan tu. Sekarang, boleh katakan apapun bisnes yang ateh rancang, boleh berkembang jadi mata pencarian. Bila dah boleh pegang duit sendiri ni, macam-macamlah plan diorang. Semalam, ateh belanja kami sekeluarga makan sempena birthday abang teh. Terima kasih ateh =)

Ni gambar masa cukur jambul anak ustazah. Saje letak sebab suka gambar ni. (Dis 2012)

               Hari ni pulak, 10/2/2014 birthday Along. Selamat hari lahir ke-29 Along. Dah dekat nak 3 series ni. Mihmihmih. Elok pulak hari ni phone aku misplaced. So, tak sempat wish birthday lagi kat along. Hadiah pun belum pikir lagi. Nak bagi pe ek?

               Haih, terasa macam baru semalam kita main sama-sama, gaduh, tarik rambut, nangis, berbaik semula, gaduh lagi, mandi sama-sama, pergi sekolah sama-sama, share aiskrim, berebut gula-gula, tidur satu bilik. Sekarang masing-masing dah jadi mak orang. Teringat balik dulu masa kecik-kecik abah selalu sangat cakap masa korang bersama ni sekejap sangat nak dibazirkan dengan bergaduh. Sekejap lagi masing-masing akan bawak haluan masing-masing. Hah, sekarang baru diakui kebenarannya.

               Papepun along, kitorang tetap sayang along. Walaupun along slalu buli angah dengan ateh bila kitorang makan nasik, suruh suap along makan skali sebab along malas nak pergi dapur basuh tangan. Walaupun along slalu makan aiskrim kitorang banyak-banyak padahal masa mintak cakap nak sikit jek. For us, you are still the best sister in the world. Huahuahuah. Happy birthday along. Cayang along.

Anak along pun dah nak masuk dua. Jangan diorang pun suka gaduh macam kita kecik-kecik dulu sudah.

Puteri abah.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol