Castleville Legends!!


Castleville Legends
               Weekend lepas banyak masa aku disia-siakan dengan main Castleville Legends je. Berjam-jam main. Sabtu lepas, kami lepak kedai makan tengok Liga Super Terengganu VS Pahang (Penyu menang 2-0, ahaks). Sian B, Astro Arena tak tunjuk match Kelantan, terpaksa tengok match Ganu. Dalam orang ramai riuh rendah tu, boleh tak kami berdua, masing-masing dengan gadjet masing-masing, main Castleville, angkat muka cuma bila orang jerit GOLL!!! aje. At least aku tengok jugak la match tu sebab aku kan orang Ganu (sebenarnya sebab aku ada order mee goreng mamak). Pastu masa 2nd half, batt Ipad habis. Choii!

               Seriously, aku rasa aku dah addicted. Dan sebagai orang yang memperkenalkan game ni kat aku, aku menyalahkan B 100% atas aku punya ketagihan ni. Muahaha.
Abang, jom main Castleville!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol