Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Petua Hilangkan Kencing Kotor

Assalamualaikum mommies.
Ritu ada bagitau korang masa checkup aku ada kena kencing kotor @ UTI kan (baca link dari blog Dr. Zubaidi ni ye, di zaman penuh fitnah ni biasakan diri mendapatkan maklumat dari mereka yang benar-benar bertauliah). Dalam entri lepas aku lupa nak bagitau, lepas dah konfem memang betul ada kuman dalam urin aku, doktor bagi antibiaotik untuk makan selama 5 hari. Nanti kenalah datang check lagi sekali dah elok ke belum. Nasib badan. 
Dulu masa mama pregnantkan Izzah, mama pun pernah kena kencing kotor. Ingat lagi masa tu mama rebus beras barli dan minum. Buat sendiri je kat rumah. Lepas tu bila check sekali lagi dah tak ada dah kencing kotor. 
This time bila aku pulak kena, apa lagi merengek-rengek la mintak mama tolong rebuskan barli (mengada tahap gaban) macam diri-sendiri tu tak reti-reti nak rebus sendiri, hihi. Tapi sebagai ibu yang penyayang, penyabar dan memahami, haruslah mama tolong jugak rebuskan kasi aku minum (padahal dia dah menyampah kot).
Pic source
Barli ni takdelah susah pun nak dapatkannya. Berlambak dekat pasaraya mana-mana pun. Aku beli yang dalam tin macam dalam gambar ni aje, bawak balik, letak dalam periuk, rebus (eh, mama yang rebus), biarkan sejuk, pastu minumlah. Macam aku, aku suka manis-manis sikit jadi masa rebus tu masukkanlah gula secukup rasa. Air yang lebih tu simpan dalam fridge, nanti-nanti boleh ulang minum lagi. Minum barli ni, bukan saja untuk hilangkan kuman dalam salur kencing tu, malah dengar-dengarnya baik jugak untuk sejukkan badan. Ni orang tua-tua lah yang cakap. Kalau diorang menipu maka menipulah aku. Thihihi.

Masuk Rumah - Check Kerosakan

Assalamualaikum mommies.

Tadi petang kami masuk rumah. Nak check takut-takut ada kerosakan. Kalau ada kerosakan (rumah ni dah siap lebih 3 tahun), boleh inform kat developer dan diorang akan datang baiki. Nak buat kerja-kerja QC macam ni haruslah bawak abah sekali. 

Pintu depan
Ruang tamu 1
Master Bedroom
Ruang tamu 1 & 2
Ruang Tamu 2
Halaman rumah sebelah kiri
Belakang rumah

Nenek & Adam



Adam tak pedulik orang pun. Dia sibuk dengan kuih dia jek.



Tidak seperti aku dan mama yang excited nak fikir beli perabot dan hiasan dalaman, B dan abah ter'over' excited dengan halaman rumah. Nak bubuh rumput carpetlah, pokok apa nak tanamlah, kat mana nak tanam. Tu abah tengah surveylah tu, mana dia nak tanam pokok ceri dia. Huhu. Abah, abah.


Car porch
Halaman rumah sebelah kanan.



B dah ambil gambar dan tampal sticky note dekat tempat-tempat yang ada kerosakan. Next, nak call developer suruh diorang hantar orang baiki.

Ambil Kunci Rumah, Adam Demam Campak & 6th Check Up

Assalamualaikum mommies,
4th day cuti. Macam mana nak cakap ye. Hari ni aku panggil hari yang masam-masam manis. Macam cerita P.Ramlee. Ada bitter sweet and was a very hectic day. Penuh betul schedule rini. Planning aku weekend ni memang mintak cuti semalam dan hari ni so campur Sabtu Ahad dapat straight cuti empat hari. Macam aku cakap, ada banyak hal nak kena settle tapi kena hold sebab Adam tak sihat. Kesian Adam. 
Nak tak nak, today is last day cuti jadi kena settlekan semua hari ni.

1) BABY CHECK UP
Hari Ahad aku dah postpone checkup ke hari ni. Jadi pagi-pagi lagi dah tercongok dekat Klinik Kerajaan ni. Sepatutnya hari ni dah tak check HB sebab baru check masa 18hb ritu. Baru nak lega, sekali ada kencing kotor pulak. Alamak aih, benci betul bila ada problem camni sebab kena refer doktor pulak kat Klinik Geliga.


Dah alang-alang kena check dekat lab kuman jenis apa ada dalam urin aku, akak misi suruhlah bagi sample darah terus kat lab. Check HB aku. Hamekaw, dari 9.6 drop lagi jadi 9.1. Parah, parah. Aku pun tak tau nak makan apa lagi dah. Dr. Rhema suruh aku stop makan pil coklat yang klinik bagi tu. Dia suruh makan Iberet Folic Acid pulak. Tengok camne.



2) AMBIL KUNCI RUMAH
Next agenda, pergi ambil kunci rumah kami dekat pejabat Budibunda dekat Jalan Air Putih. Alhamdulillah. Another step closer nak masuk rumah baru kami. Thank you Allah. On the way pergi pejabat Budibunda ni, mama kol aku cakap adam nangis tak berhenti. Adam demam makin kuat. Mama cakap abah siap bebel aku dengan B sebab bawak Adam pergi pantai semalam. Anak tu dahla tengah tak sihat. Apa marah aku pulak? Marahlah B, dia yang sibuk sangat nak pergi semalam. Huh. Aku ni cuma bini yang taat setia aje.


3) CHENTA HATI DI PUNCAK ALAM
Along hantar gambar bebudak ni dekat Puncak Alam. Diorang baik-baik aje adanya. Windu anak-anak mommy (Hape kejadahnye ntah ajar anak-anak sedara panggil mommy, padahal anak sendiri panggil mama je pun).


4) PAMOGA, VCO & NEW PENDRIVE
Next lagi, ajak B pergi Center Point beli Pamoga for my HB yang dah drop giler-giler nih. Kat rumah punya dah habis. Dah berapa hari tak minum. Selain tu, aku beli VCO brand Catalyst ni dengan same reason mula-mula beli Pamoga dulu. Baca kat FB, ramai sangat orang cakap bagus. Bila bersalin tu koyak tak banyak. Aku pun bila dengar camtu memanglah teruja. Masa Adam dulu aku jahit sikit aje, tapi Adam cuma 2.8kg. Biasanya anak seterusnya akan lebih besar dari anak sulung. Takut jugak kalau koyak banyak. Sekarang pun dah nak masuk 8 bulan. Sepatutnya kena makan start 7 bulan. Lagi awal, lagi bagus. Catalyst VCO ni ada 2 jenis, jenis air dan kapsul. Aku pilih yang jenis kapsul, senang sikit nak telan.


Sebelum balik tu sempat lagi ajak B singgah kedai komputer beli pendrive baru. Pendrive lama aku tak tau letak mana. Senang je reason kita orang pompuan kalau nak beli barang baru kan.  

5) C-CREAM & SUPPLIMENT
Lagi-lagi next, kami singgah Farmasi Harmoni nak beli Iberet yang Dr. Rhema suggest tadi. Pastu beli Loratadine, resdung aku macam boleh tahan jugak teruknya sepanjang pregnancy ni. Aku dah refer Dr.Wee, dia cakap ada ubat yang elok tapi kena tunggu lepas aku bersalin. Elok je lepas aku bersalin, tak pergi-pergi dah klinik dia. Tak tahan gatal sebenarnya, duk bertahan degan ubat-ubat antihistamine camni je lah.

Warna pun dah merah macam darah. Tapi tak tahu lagi boleh tak memekatkan darah aku ni.
Tak lupa jugak, bekalan C-CREAM untuk anak dan bakal anak. Huhu. Krim ni memang a superb solution kalau anak-anak melecet kulit dekat area punggung dan celah kangkang ni. Sapu sekali je, petang nanti yang merah tu dah kembali ke warna kulit asal. Bekas besar camni cuma RM16. Aku beli 2 bekas besar, 1 nak bagi kat along. Kalau kena cara simpannya, boleh tahan sampai 3 tahun krim ni.


6) MUHAMMAD HANIF ZUFAR
Hari ni Zufar dah boleh balik rumah. Yay!! Dah dua hari kena tahan kat hospital. Tak sabar nak tengok ateh basuh berak baby, bangun tengah-tengah malam bancuh susu. Kihkihkih.

 



7) ADAM KENA DEMAM CAMPAK
Akhir sekali, nilah benda yang paling tak best hari ni. Yang lain semua dah settle. Esok boleh pergi kerja tak yah serabut otak. Cuma yang satu ni jek. Balik rumah tengok Adam kat rumah nenek tak bermaya sangat. Mama cakap Adam nangis sampai tak keluar suara, meracau masa tengah tidur, pastu tak nak pandang orang langsung. Malam ni baru kami perasan badan Adam keluar bintik-bintik merah. Rupa-rupanya Adam kena demam campak. Patutlah badan panas sangat, nangis sampai meracau. Alahai Adam -_-

Adam Masih Demam

Assalamualaikum mommies.
3rd day cuti. Adam masih demam. Hari ni dan esok aku sengaja ambil cuti nak settlekan banyak hal. Checkup, nak beli ubat Adam, suppliment aku, nak ambil kunci rumah. Tapi nampaknya hari ini aku terpaksa block semua aktiviti dan hold semua plan untuk jaga Adam. Adam masih demam lagi. Hari ni lebih teruk dari semalam. Asyik menangis. Takmau minum susu dan takmau tidur.
Petang tadi B ajak bawak Adam pergi Pantai Chendor. Barulah senyum sikit.
P/s: Cepat-cepat sembuh ye Adam.

Muhammad Hanif Zufar

Assalamualaikum mommies.
2nd day cuti. Hari ini anak syurga ateh lahir ke dunia. Ateh adopt baby ni dan sejak dua bulan lepas ateh dah start jaga dia punya bio mum. Hari ni Zufar lahir. Dah la sama dengan birthday maksu Izzah. Yay, dua celebration dalam satu hari. Nanti baby Zufar boleh sambut birthday sama-sama dengan maksu.



Selamat datang sayang. Semoga Zufar bawa bahagia yang sangat banyak pada keluarga kami. Baby Zufar prematured, so kena tahan kat spital dulu. Belum boleh bawak balik. Tak sabar nak main dengan baby (mengada, padahal Adam pun belum setahun lagi).
Aku sepatutnya ada baby checkup hari ni. Tapi aku cancel sebab nak jaga Adam. Hari Selasa baru pergi. Adam demam pulak hari ni. Kesian nengoknye. Tidur aje. Mujur aki ada. Selalunya kalau Adam demam tak sempat bawak pergi hospital dah baik. Aki yang tolong tawarkan, tolong jampi. Adam serasi betul dengan aki. Nanti mama mintak tolong aki baca doa untuk anak mama ye.

Tidur pun tak nak lepas stacker. Cepat-cepat sembuh ye anak mama.

28 Weeks

Assalamualaikum mommies.
Happy Friday. Daddy2 semua sila jangan ponteng Jumaat ye. Now, it's time to update baby progress =)
So, it's 28 weeks today. Means dah masuk 7 bulan pun. Let's see how's the baby looks like now.


Dah masuk 7 bulan ni, aku dah bertambah gems a.k.a gemok. Huhu. Nasi putih memang feveret aku. Kalau makan kat kedai time lunch hour dengan colleague, diorang mesti bagi aku ambil nasik dulu. Sebab bau nasi je pun dah tak tahan. Wangi......
Dari segi kesihatan pulak, macam mna nak cakap ek? Dari segi alahan tu memang dah takde la. Dah lama takde muntah-muntah, sakit kepala, loya, demam tu semua. So boleh kategorikan aku sebagai sihatlah sekarang. Cuma dari segi ketahanan fizikal tu, sangat-sangat kepenatan. Perut dah memboyot, Adam makin besar dah terasa sangat pinggang ni kalau dukung dia. Plus, sekarang suka sangat bangun tengah malam. Main. Nasib ada aki dan abah dia rajin melayan. Kadang-kadang dia bangun awal pagi, tak tentu masa tidur dia. aku nak kerja esoknya, rabak mata.

3 Jan, 5.50 am
5 Jan, 6.43 am.
11 Jan, 1.38 am
11 Jan, 2.05 am. P/s: aki tengok gambar ni aki tanya dah kenapa abahnya
gerbe gerose gitu? Hihi.



 Dari info from BabyCenter, baby mama dah ada bulu mata dan akan palingkan kepala kalau ada continuous bright light from outside. Lapisan lemak mula terbentuk sebab sekarang baby dah starts to get ready untuk kehidupan di luar rahim. Korang selalu dengar tak, kalau baby prematured, biasanya kalau 7 bulan dia dah boleh survive. Antaranya, abah aku sendiri. 7 bulan dah lahir. Dan sihat walafiat sampai sekarang. Huhu. Dari segi baby punya movement pulak, memang aku dah boleh rasa regularly. Baby pun dah besar kan. Ok, baby. Duk leklok dalam tu, jangan gatal nak keluar awal. Jumpa nanti keyh.

An Apple A Day, Keeps The Doctor Away

Assalamualaikum mommies.
Siapa suka makan epal angkat tangan!! Krik…krik…Well, tak kisahlah. Tapi aku suka. My whole family suka.
Sebenarnya ada orang hantar gambar jenis-jenis epal ni thru whatsapp. Tu yang saje gatal tangan nak taruk sini. Sebab biasanya kita makan aje. Tapi kita bukannya bother nak fikir epal jenis apa yang kita makan tu dan khasiatnya pada badan kita. Kita main sebat jek. Ni first time aku tau kepelbagaian rupa dan nama epal ni.


Bila aku tengok gambar kat atas ni, barulah aku tau epal yang aku selalu makan tu adalah epal jenis Jonagold dan Cortland sebab epal jenis ni rapuh bila digigit. Kalau aku nmpak epal jenis ni memang aku beli. Aku kurang suka jenis Red Delicious walaupun warna dia menawan sebab bila kita gigit isinya gebu, tak rapuh. Aku ni jenis malas nak mengkaji khasiat benda-benda yang masuk ke perut ni. Biasanya, aku makan sebab memang aku suka makan. Lagipun, betapa bagus dan betapa berkhasiat sekalipun sesuatu makanan tu, dah kalau memang bukan selera aku jangan haraplah aku nak makan. Heheh.  
Lagi satu, mama aku selalu cakap kalau nak makan epal, basuh bersih-bersih lepas tu elok makan dengan kulitnya sekali. Jangan kupas. Rupa-rupanya kajian saintifik membuktikan mama aku betul. Sebab dalam kajian, pigmen merah pada kulit epal tu mengandungi antioksida bla…bla…bla… [LINK] Korang bacalah sendiri. Tapi kadang-kadang, aku kupas jugak kulit epal kalau nak makan. Ikut mood dan tahap kerajinan.
So, jangan lupa makan epal tiap-tiap hari. An Apple A Day Keeps The Doctor Away =) Okeh, nak gi makan epal jap. Bye.
P/s: aku memang tak patut jadi doktor atau dietition. Nak consult2 orang ni memang pemalas!

Yang Ringan Di Bibir, Tetapi Berat Di Timbangan

Assalamualaikum mommies.
Nak share something yang abah pernah bagitahu. Abah cakap "angah tau zikir apa yang paling ringan di bibir, tapi berat pada timbangan?"
"apa bah?"

Pic source

Kek Coklat dan Pinggan


Assalamualaikum mommies.
Nak tau apa jadi dengan kek birthday nenek semalam? Ini yang jadi.

Seorang budak gemuk makan kek dengan gumbira.





                         

                         

                         

                         

                         
Perut dah kenyang. I have better idea what to do with these plates and cake debris.


Jom terlungkupkan pinggan lepas tu penyet-penyet kek ni atas lantai. Mama tak terkata tengok budak gemuk tonyoh kek coklat atas jubin lantai yang putih.
Macam nilah mama. Mai adik ajar mama buat.



Mama, now you understand how right?
 Ok, next. Bila seluruh rumah dah full covered with cake, sekarang jom kita duduk atas pinggan pulak.


First, put your leg on the pinggan, then slowly kita naik atas pinggan. Jangan risau, budak comel takkan dimarahi.




Akhir sekali, mama cakap dah cukup main. Tanggal baju, pergi mandi dengan abah. Mama nak kena servis lantai pulak sebelum orang lain balik rumah. Nanti terkejut pulak diorang balik tengok rumah camni.

Try to appeal mama. Adam nak main pinggan dengan kek coklat lagi.
Mama say no. Appeal declined.
Me. So sad.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol