Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Keep Giving To Our Parents

Assalamualaikum mommies.
Lately selalu sangat update pasal diri sendiri, life, Adam, pregnancy. Lama tak borak panjang tentang perkara-perkara berilmiah kan. Hari ni nak sembang pasal parents; Ways to make them happy. Apa yang korang buat/bagi kepada ibubapa korang untuk membuat dia happy? Yang pasti, cara setiap orang berbeza. Ada yang suka bawa ibubapa pergi holiday, spend quality time bersama-sama. Ada yang suka bawa ibubapa mereka keluar makan-makan. Ada yang jenis walaupun sedikit tapi tak pernah miss kirim duit belanja tiap-tiap bulan. Ada yang jenis jarang-jarang kirim duit, tapi sekali bagi akan bagi gedabak banyak ribu riban sekaligus; contohnya masa Hari Raya. Ada pulak yang jenis akan bagi hadiah pada setiap celebration; contohnya Hari Ibu, Hari Bapa, Birthday, Anniversary dan celebration lain. Korang jenis yang mana?
Adik-beradik aku (aku dan along), kami orang makan gaji. Masing-masing dah berkeluarga pula. Jadi tak berpeluang nak berbelanja besar untuk mama dan abah. Dah kumpul duit setengah tahun, barulah dapat bawa mama dan abah pergi Holiday, itupun setakat pergi Cameron aje. Sebab tu kami selalu planning percutian kami setahun lebih awal. Bukannya boleh tetiba rasa nak pergi, packing barang dan terus bertolak aje. Bercuti ke luar negara tu janganlah berangan. Sebulan sekali bila dapat gaji dapatlah bawak abah dan mama makan di luar. Abah suka Western Food. Chicken chop tu memang favourite dia. Mama pun sama. Mama jenis yang tak memilih. Biasanya kalau makan di luar, dia akan tanya abah makan apa? Dia nak makan yang sama. Air pun nak sama. Romantis gitu. Lagi satu abah ni jenis kalau keluar (sebab ada urusan di luar) dia memang suka minum air di kedai. Bila urusan dah selesai, dia akan belanja semua anak-anak minum kat restoran. Tak makan pun tak apa. Kalau abah tak ada duit, dia senyap aje tak pelawa minum tu maknanya ko kena paham-paham sendirilah, sila ajak dia singgah minum-minum. Kalau tak nanti dia kecil hati.
Kami pun tak mampu nak bagi duit banyak-banyak dekat abah sebab berapa sen sangatlah gaji orang yang makan gaji nih. Kena beringat untuk belanja sebulan. Tapi, walaupun sedikit, kami akan tetap hulur pada parents tiap-tiap bulan dan jumlahnya adalah within kemampuan. Maka tak adalah orang tua tu tertunggu-tunggu masa hujung bulan. Dia dah tau mesti ada bahagian dia. In fact, bila dapat gaji je sebelum buat online transaction nak settle hutang, bayar bil, aku akan make sure benda first yang aku buat adalah settle bahagian mama dan abah dulu. Ini aku anggap saham aku dekat akhirat. Walaupun kecil jumlahnya, tapi lebar senyum mereka. Cepat-cepat tadah tangan doakan anak-anak supaya murah rezeki. T_T Itu aku dan along. Seseorang yang aku kenal jenis yang tak bagi duit tiap-tiap bulan dekat mak ayah dia, tapi bila Hari Raya dia kan bagi sedebuk banyak-banyak terus. Kalau family korang jenis orang senang, tak ada masalah nak belanja bulan-bulan, ok je kalau buat camni.
Famili kami jenis yang akan celebrate setiap celebration yang ada kaitan dengan family kami. Harijadi, anniversary mama abah, hari ibu, hari bapa. Selalunya cuma akan ada makan-makan kecil dan cuma ada kami-kami ahli keluarga terdekat. Biasanya hadiah pun tak ada. Hadiah biasanya diberi hujung tahun (sebab masa tu dapat bonus), walaupun masa tu tak ada harijadi siapa-siapa pun, heheh.  Itu kisah angah dan along. Cerita anak-anak yang makan gaji. Ateh pulak orang bisnes. Kadang-kadang slow, kadang-kadang masyuk. Ateh memang bukan jenis yang akan bagi mama abah duit bulan-bulan tapi kalau ada rezeki lebih ateh suka belanja kami sekeluarga makan. Lebih istimewa lagi ateh lebih suka masak sendiri dan semua orang selalu dapat merasa air tangan dia. Kalau bisnes tengah ok, special la menunya dan kalau bisnes biasa-biasa maka biasa-biasalah menunya, tapi ateh tetap menyumbang dengan kudrat dan skil memasaknya.
Macam tulah cara kami adik-beradik gembirakan ibu bapa kami. Along Cuma dapat balik 2 minggu sekali jadi kami akan cuba sedaya upaya cari masa dan spend our quality time together. Sekarang lebih meriah dan lebih bermakna dengan adanya 3 hero kami, Ammar, Adam & Ummar. Kami bukan orang senang, tapi kami mencuba dengan apa yang termampu.

Kisahnya di sini bukanlah aku nak share berapa jauh kami mampu bawa ibubapa kami berjalan, berpa kerap kami bawa mereka makan besar, berapa mahal hadiah yang mampu kami belikan tetapi tetaplah memberi dengan apa sahaja yang kita ada. Tetaplah memberi walaupun cuma sedikit. Tetaplah memberi selama mereka masih ada di sisi kita kerana nanti bila mereka sudah tutup mata kita terpaksa memberi dengan cara yang lain pula. Berilah dan terus memberi. Percayalah, ada nikmat dan baraqah dalam setiap pemberian.

Raya 2012.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol