Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Survey Survey Kereta

Assalamualaikum mommies.

Hari hari cuti macam ni seronok kalau nak membebel panjang lebar. Especially on topic yang kita rasanya excited nak bincangkan. Contoh; beli kereta baru. Oppss!!
Kereta ni bukan sesaje suka-suka hati aku je nak beli atau sekadar nak tambah koleksi kereta. aku memang perlu sebuah kereta baru sebab tak ada kereta nak guna pergi kerja. Sebab eksiden bulan 8 hari tu la. Tapi tu lah, aku dengan B belum decide lagi nak beli kereta apa. Dah la memikirkan komitmen baru for next 7-9 tahun lagi ni. Sebelum ni kami tak ada komitmen ni, so RM700-800 sebulan ni seronok je buat belanja @ saving. Hah, sekarang nak hadap komitmen baru ni so kenalah pilih betul-betul.
Sebelum decide, aku google2 dulu tengok kereta apa yang berbaloi harganya dengan function, practicality dan fuel save. LINK. Kalau ikutkan, dari segi praktikalnya aku nak guna kereta ni untuk ulang alik pergi kerja aje. Tempat kerja pun 8 minit dari rumah. Alahai, tak payah pun kereta yang gabak-gabak. Minyak pun jimat. So, aku berkira-kira sama ada Mirage atau Axia. Ok je bagi aku kalau setakat nak ke tempat kerja dan hantar anak-anak ke rumah mama.

Comel dan jimat minyak. Pic source.
Boleh tahan comel. Cuma agak kecil. Pic source.
Itu kata aku. Kata En.B pulak memandangkan sekali kita dah terjebak dengan satu-satu komitmen tu kita akan terikat dalam satu jangka masa yang lama dan dalam masa 4-5 tahun lagi kita tak akan afford another car, better beli yang agak luas, selesa untuk kita dan 2 orang anak nanti dan beli yang puas hati terus. Aku jawab "banyak pulak duit kita nak beli kereta besar ye abang."
Tapi kalau ada rezeki lebih, aku duk intai-intai jugak Honda City dengan Hyundai Elantra. Aku survey-survey yang within kemampuan je hokkey. Kalau ikut nafsu dan kehendak tu, memang segala bapak Camry, Teana, Sonata, BMW 6 series sekali dengan Panamera pun aku nak beli. Bisik kata hatiku yang haloba. Huhu.

Honda City. Cun meh. Pic source.
Honda City ni jadi pilihan hati sebab performance. Kalau abah, pape je dia mesti prefer Honda. "Angah belilah kereta jepun sebijik, kualiti padan dengan harga. Akan datang, abah nak anak-anak abah ada jugak kereta jepun sebijik sorang." Bagi engkorang-engkorang yang mengenali aku, korang konfem tau betapa pentingnya pendapat abah dalam setiap decision aku. Even masa sebelum along amik Myvi dulu pun abah beria-ria nak dia amik Vios. Tapi Myvi jugak pilihan hatinya. Supportlah barangan buatan Malaysia. Kui3x. Jangan marah long.

 Menawan sungguh awak ni wahai Cik Elantra. Pic source.
Hyundai Elantra ni pulak aku intai-intai sebab......sebab..... takde sebab. Memang aku sesuka hati je nak minat kereta ni. Sebab lawa. Haa, boleh camtu?
Last but not least yang ada dalam list kami ialah Toyota Wish. We take this MPV into consideration sebab kami pun masih belum ada family car. Mana tahu akan-akan datang nak tambah bilangan ahli keluarga ke. Eh! B la yang minat sangat Wish ni. Aku mana tahu sangat pasal kereta ni. Kawan-kawan dia pun ramai yang guna Wish diorang cakap fuel sangat jimat (bagi sebuah MPV la), takde buat hal sangat, pastu performance pun sangat ok. Laju. So, oklah. Masukkan dalam list. Nak beli ke tak belum tau lagi. Dah nama pun survey kan.
Wish pun ok jugak kan. Pic source.
Sebelum aku blah, suka aku mengingatkan yang tulisan aku hari ni memang tak sesuai untuk rujukan korang-korang yang nak beli kereta. Aku main tulis jek, aku bukan tau apa pun pasal kereta-kereta nih. Cuma harapnya dapatlah beli salah sebuah kereta ni tak payahlah nak susah-susah menumpang orang lagi nak keluar lunch. Ok, by mommies.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol