Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

25 Weeks

Assalamualaikum mommies.

Salam Jumaat. As usual, agenda Jumaat ialah update baby punya progress & development. Abang Adam jangan jealous ye. Hari Jumaat tak ada cerita abang Adam. Huhu. 
Hari ni dah 25 minggu. Aku dah start rasa apa yang along cakap dulu. Pengalaman dia masa mengandung anak kedua. 

SAKIT PINGGANG!!

Aduhai, sakit pinggang ni bukan sakit yang biasa-biasa tau. Sakit dia yang ada rasa ngilu-ngilu kat tulang belakang start dari pinggang sampai ke punggung. Kadang-kadang rasa macam kena electric shock!

Paling azab ialah bila nak tidur. Tak ada posisi yang sedap untuk tidur. Menelentang sakit, mengiring lagi sakit. Dah tu, takkan aku nak tidur menelungkup pulak. Masalah heart burn aku pun belum settle lagi. Kadang-kadang teruk sangat sampai selera makan tu agak menurun jadinya. Sebelum ni, kalau tengok nasik, rasa macam nak menerkam. Huhu.

Hehe, chumilnye dia pegang kaki.

Pic Source
 Minggu ni, rambut baby dah semakin jelas warna dan teksturnya. Alaa...dah confirm confirm keluar nanti rambut hitam cam aku dengan B. Dah mak bapaknye Melayu pure takkan anak keluar rambut blonde pulak. Tapi kalau ikut family sebelah Kelantan, genetik diorang kulit cerah sikit dan rambut pun ada sikit perang-perang =)

Selain tu, baby dah develop fat kat seluruh badan dia. So, kulit dia yang berkedut-kedut sebelum ni akan jadi lebih smooth & silky (cam iklan shampoo pulak) dan nampak lebih macam newborn punya baby. Lepas ni, bila baby dah start gain weight, mesti berat aku pun mencanak-canak naik jugak. Minggu ni sepatutnya berat baby dah lebih kurang 660g, panjang lebih kurang 35cm. Dah besar dah baby mama ni.

Info dari: Baby Centre

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol