An Apple A Day, Keeps The Doctor Away

Assalamualaikum mommies.
Siapa suka makan epal angkat tangan!! Krik…krik…Well, tak kisahlah. Tapi aku suka. My whole family suka.
Sebenarnya ada orang hantar gambar jenis-jenis epal ni thru whatsapp. Tu yang saje gatal tangan nak taruk sini. Sebab biasanya kita makan aje. Tapi kita bukannya bother nak fikir epal jenis apa yang kita makan tu dan khasiatnya pada badan kita. Kita main sebat jek. Ni first time aku tau kepelbagaian rupa dan nama epal ni.


Bila aku tengok gambar kat atas ni, barulah aku tau epal yang aku selalu makan tu adalah epal jenis Jonagold dan Cortland sebab epal jenis ni rapuh bila digigit. Kalau aku nmpak epal jenis ni memang aku beli. Aku kurang suka jenis Red Delicious walaupun warna dia menawan sebab bila kita gigit isinya gebu, tak rapuh. Aku ni jenis malas nak mengkaji khasiat benda-benda yang masuk ke perut ni. Biasanya, aku makan sebab memang aku suka makan. Lagipun, betapa bagus dan betapa berkhasiat sekalipun sesuatu makanan tu, dah kalau memang bukan selera aku jangan haraplah aku nak makan. Heheh.  
Lagi satu, mama aku selalu cakap kalau nak makan epal, basuh bersih-bersih lepas tu elok makan dengan kulitnya sekali. Jangan kupas. Rupa-rupanya kajian saintifik membuktikan mama aku betul. Sebab dalam kajian, pigmen merah pada kulit epal tu mengandungi antioksida bla…bla…bla… [LINK] Korang bacalah sendiri. Tapi kadang-kadang, aku kupas jugak kulit epal kalau nak makan. Ikut mood dan tahap kerajinan.
So, jangan lupa makan epal tiap-tiap hari. An Apple A Day Keeps The Doctor Away =) Okeh, nak gi makan epal jap. Bye.
P/s: aku memang tak patut jadi doktor atau dietition. Nak consult2 orang ni memang pemalas!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol