Abah dan Kereta Hijau

Assalamualaikum mommies.


Semalam along hantar whatsapp gambar Ummar. Terkejut aki tengok Ummar pakai topeng monyet. Siap tanya lagi, "Ummar pakai topeng apa tu? nak takutkan aki ye?" Ceria sikit aki kalau along hantar gambar anak-anak. Dia rindu. Budak berdua ni jauh, jarang-jarang dia dapat tengok. Kalau Adam dah memang hari-hari jumpa.
Lately, abah tak berapa sihat. Sakit bahu. Dia cakap bahu dia berdenyut-denyut sangat. Kalau tanya dia sakit macam mana bah? Dia cakap, rasa sakit macam orang tengah mamah bahu dia hidup-hidup. Saraf kot. Tapi tak taulah apa yang tak kena dengan abah sebab abah tak nak pergi hospital. Kami tengah bincang adik-beradik nak bawak pergi check dekat either KMC atau KPJ healthcare Kuantan. Dah nak bawak pergi hospital abah tak nak.
Lebih kurang seminggu lepas, ada orang langgar kereta abah. Ateh la bawak mama pergi tengok tempat arwah Cikgu Norhayati dengan suami dia lemas masa banjir hari tu. MAma beria sangat nak tengok. Sekali kereta abah kena langgar. Nasib baiklah Dato' tu (nama apa ntah) baik. Dia suruh hantar bengkel, tanggung semua kos baiki kereta. Kesian abah. Dah la bah sayang kereta tu.

Teruk jugak kemiknya.
 Tu cerita seminggu lepas. Abah dah ok sikit hari ni. Pagi ni kami breakfast ramai-ramai, abah siap duk belek-belek pintu kereta lagi. Tapi bertahan dengan pain killer je la. Abah masih tak nak pergi hospital lagi. Alahai, kereta sakit, tuan pun sakit.

Nampak dah segar sikit. Habis licin nasik kunyit. Kereta pun dah ok.
Lately abah nampak kurang stabil. Kesihatan dan emosinya. Nasib baik jugak ada cucu-cucu penawar hati. Cepat-cepat sembuh ya aki. Cucu-cucu nak main dengan aki. Tak seronok rasanya kalau aki tak ceria. Cepat-cepat sembuh ya aki.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol