Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Petua Hilangkan Kencing Kotor

Assalamualaikum mommies.
Ritu ada bagitau korang masa checkup aku ada kena kencing kotor @ UTI kan (baca link dari blog Dr. Zubaidi ni ye, di zaman penuh fitnah ni biasakan diri mendapatkan maklumat dari mereka yang benar-benar bertauliah). Dalam entri lepas aku lupa nak bagitau, lepas dah konfem memang betul ada kuman dalam urin aku, doktor bagi antibiaotik untuk makan selama 5 hari. Nanti kenalah datang check lagi sekali dah elok ke belum. Nasib badan. 
Dulu masa mama pregnantkan Izzah, mama pun pernah kena kencing kotor. Ingat lagi masa tu mama rebus beras barli dan minum. Buat sendiri je kat rumah. Lepas tu bila check sekali lagi dah tak ada dah kencing kotor. 
This time bila aku pulak kena, apa lagi merengek-rengek la mintak mama tolong rebuskan barli (mengada tahap gaban) macam diri-sendiri tu tak reti-reti nak rebus sendiri, hihi. Tapi sebagai ibu yang penyayang, penyabar dan memahami, haruslah mama tolong jugak rebuskan kasi aku minum (padahal dia dah menyampah kot).
Pic source
Barli ni takdelah susah pun nak dapatkannya. Berlambak dekat pasaraya mana-mana pun. Aku beli yang dalam tin macam dalam gambar ni aje, bawak balik, letak dalam periuk, rebus (eh, mama yang rebus), biarkan sejuk, pastu minumlah. Macam aku, aku suka manis-manis sikit jadi masa rebus tu masukkanlah gula secukup rasa. Air yang lebih tu simpan dalam fridge, nanti-nanti boleh ulang minum lagi. Minum barli ni, bukan saja untuk hilangkan kuman dalam salur kencing tu, malah dengar-dengarnya baik jugak untuk sejukkan badan. Ni orang tua-tua lah yang cakap. Kalau diorang menipu maka menipulah aku. Thihihi.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol