CAUTION!! Entri ini bukan untuk tatapan anda-anda yang mabuk darah ye.
Assalamualaikum mommies.
Lately, abah selalu tak sihat. Dia cakap badan dia sakit-sakit. Selalunya dia sakit pinggang tapi kebelakangan ni selalu mengadu sakit bahu. Sakitnya tak dapat bayangkan. Abah cakap macam ada benda tengah makan bahu dia hidup-hidup. Wah!! Hardcore sangat tu bah. Kami pun tak tau dah nak bagi segala macam tok nenek ubat apa lagi. Kalau tak dapat sembuhkan pun, cukuplah kalau dapat sekadar ringankan sakit tu.
Akhirnya ateh cadangkan abah berbekam. Sebab Rasulullah S.A.W pun dengar katanya pernah bagi orang bekam betis baginda**. Tujuan, buang darah berpenyakit. Ateh pun dapat contact no. budak ni dari FB. Aku lupa nak tanya apa nama FB dia. Dek kerana memenuhi tempahan dari ramai customer, adik ni cuma dapat datang rumah kami pukul 11.00 malam semalam. Tapi dia dah tanya dulu, tak apa ke dia datang lewat sikit? Kami ok je. Orang rumah ni, selagi tak pukul 1 pagi mana ada tidur laginya.
So, sesi rawatan dimulakan. Adik ni datang bawak satu luggage besar penuh dengan peralatan bekam. Macam nak travel oversea dah gayanya.
Mula-mula sapukan alkohol dulu ke seluruh tempat yang nak diletakkan 'cup' tu. Adik ni decide nak buat 8 cupping. Dia cakap dia tak boleh letak cup tu sesuka hati. Ada point2 yang tertentu aje yang boleh letak. Bilangan cup pulak bergantung pada tahap kronik penyakit dan faktor umur jugak.
Next, bekam angin. Maksudnya tak ada darah keluar lagi. Bekam angin ni free aje ye. Kami excited nak tengok the whole process sebab ni first time dapat tengok orang berbekam live depan mata.
Lepas beberapa minit, 'cupping' tadi akan dicabut. Sekarang dia kan lukakan tempat yang diletakkan cup tadi guna jarum kecil. Dengarnya, dulu-dulu sebelum wujud teknologi dan orang masih gunakan tanduk kerbau, sedut pakai mulut, diorang gunakan pisau yang tajam untuk buat luka kecil pada permukaan kulit. Sekarang tak payah dah macam tu. Jarum tu bentuknya macam pen aje. Abah pun cakap tak rasa sakit pun masa kena cucuk tu.
Next, dia mula sedut keluar darah-darah kotor dari bawah kulit. Cara dia, letak semula cup tu dekat tempat yang sama masa bekam angin tadi (this time dah cucuk-cucuk dengan jarum) lepas tu baru start buat suction dekat punat atas cup tu. Nak suck keluar angin tu dia pakai alat yang bentuk dia macam pistol.
And slowly darah akan keluar dari tempat-tempat yang kena cucuk tadi.
Depends pada condition badan kita, darah yang keluar tu biasanya darah kotor yang berlendir, berbuih, dan jumlah darah yang keluar pun depends pada patient jugak. Macam abah ni, tak sampai setengah cup pun. Tapi tengoklah abah. Dah kurus camni, mana nak ada banyak-banyak darah.
Pelik jugak tengok sebab darah yang keluar tu pekat semacam sampai jadi almost berketul-ketul. Itulah yang dikatakan darah berpenyakit kot. Agaknyelah.
Sebelum selesai semua, adik ni decide nak tambah satu cup lagi dekat bahagian tengah-tengah bawah tengkuk abah. Dia cakap yang ni dia bagi free jugak. Alhamdulillah, hihi.
Aku rasa kawasan sini bermasalah sikit kot. Boleh nampak dalam cup dia tu ada banyak wap air walaupun darah cuma keluar sikit. Pastu darah pun berbuih-buih.
Kalau tengok dengan teliti, boleh nampak buih dalam cup tu. |
Lastly, ini kesan selepas proses bekam ni selesai. Tinggal warna macam lebam dekat kulit dan kesan jarum tempat darah keluar tadi.
Alhamdulillah, dah settle semua dalam masa kurang dari 1 jam. Abah pun cakap proses tu tak sakit langsung. Kalau boleh dia nak suruh adik tu sedut kuat-kuat darah tu. Tapi adik tu cakap tak boleh, ikut tahap-tahap yang dibenarkan je.
Total cost: RM80.
Untuk kesan yang ketara, sepatutnya proses ni diulang regularly. Contoh, sebulan sekali ke. Kalau untuk customer lelaki, boleh panggil adik ni datang ke rumah. Tapi kalau perempuan, no choice. Kena pergi kat tempat diorang sebab atas faktor keselamatan, tukang bekam wanita tak sediakan khidmat bekam di rumah.
Nanti aku akan update kalau abah bagitau makin ok ke, makin tak ok ye.
**Sila refer hadis sahih. Sebab aku pun tak ingat pernah baca di mana.
No comments:
Post a Comment