Sambut Birthday Nenek & 5th Check Up

Nenek dah masuk 52 tahun. Alhamdulillah.
Assalamualaikum mommies.
2 entri dalam 1 post. Heheh. Boleh camtu?
Semalam kami celebrate birthday nenek. Yup, lambat 5 hari. Sebabnya kami tunggu along dan famili balik. Kebetulan diorang balik minggu ni. So, tunggu along balik baru celebrate.
Buat kecik-kecik aje. Macam selalu. Menu: mee hoon goreng daging. Siangnye kami dah keluar 4 beradik shopping kek, donut dan yang bestnye kami bawak mama sekali sebab nak dia pilih hadiah birthday dia.
Masa duk sibuk-sibuk keluar tu tak sempat snap gambar pun sebab along busy dengan Ammar & Ummar, aku pulak dengan Adam. Masuk dalam butik Carlo rino, Adam tetiba jadi over ceria duk gelak terkekeh-kekeh tengok keychain Giraffe Carlo Rino tu. Abeh staff dia tak jadi kerja duk layan Adam. Pilih punya pilih, akhirnya sebuah clutch warna kuning jugak jadi pilihan hati. Aku tak snap gambo so aku google aje. Hahahah.
Lebih kurang cannilah. Lain sikit jer. Huhu.
Kami suka celebration yang macam ni. Kami-kami aje. Simple tak serabut-serabut. Seronok mingle around dengan orang-orang yang kita sayang aje.



Nampak tak penyebok dua orang tu? Wah, wah. Macam hari jadi korang pulak ye. Si Faris ni dia memang pantang nampak kek, nampak lilin, dia ingat itu kek hari jadi dia. Huhu, comel Faris.





Kami suka macam ni. Ringkas dan seronok. Riuh rendah dengan suara budak bertiga tu aje. Maka, selamatlah kami menyambut hari jadi nenek. Selamat Hari Jadi Nek! Semoga panjang umur dalam iman. Kitorang sayang nenek.

Itu cerita semalam. Hari ni pulak along dah nak balik. Esok kerja dah. Sebelum balik bawak cucu-cucu main dengan aki dulu. Segar muka aki dapat main cucu. Langsung tak macam orang sakit. Huhu. Sayang sangat cucu-cucu lelaki dia.





5TH CHECK UP
Another thing, pagi tadi pergi check up baby. My HB drop balik since last check up 03.12.14. Sekarang dah drop jadi 9.6. Tak heran mana pun sebab tahu dalam masa sebulan setengah ni memang tak jaga makan sangat pun. Tambah dengan banjir semua, tak sempat fikir nak ambil suppliment pun. Jauh sekali nak fikir makan makanan yang berkhasiat, tinggi zat besi. Ada makanan dan tak kebulur pun dah kira mujur musim-musim banjir ni tau. Tapi nurse dah bebel tadi, kalau tak naik jugak nanti akak kena cucuk zat besi. Must do something jugak-jugak bagi HB naik semula. Or else, tak boleh beranak kat Al-Farabi takut tumpah darah sebab diorang takde tabung darah rasanya.


Memang tersangat signifikan dia punya drop tuh. Dari 11.4 - 9.6. Memang kritikal dan memang patut kena bebel dengan nurse pun T_T
Ok, that's all for now. Chiow!!
P/s: Tengah duk fikir, apa lagi nak kena makan supaya HB cantik. Hurm.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol