Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Aki Aki Yang Excited


Assalamualaikum readers =) Salam Jumaat. 
Sebab Jumaat adalah hari yang special, maka entrinya pun haruslah special. Topiknya, Aki aki yang excited. Apabila seorang baby yang chumel lahir ke dunia ini, orang yang paling teruja selain parents baby itu pastilah atuk dan neneknya.

"Sayalah baby chumel yang mama maksudkan itu".

In fact, mama sendiri pernah pernah bagitau aku. Bila dah ada cucu ni, rasa lagi sayang kat cucu daripada anak. Ceh. Macam tak dapat terima pulak aku dengan kenyataan mama itu, thihihi. Oleh kerana mama lagi sayang Adam daripada aku, aku takmau post entri pasal mama. Huhu. Gurau jek. Nenek dalam entri lain ye nek. Entri ni nak citer sal aki dulu. Both, aki and aki.

Adam ada dua orang aki. Aki Kemaman ialah abah aku, aki Kuala Krai pulak abah B. Aki Kemaman duduk berselang 3, 4 buah rumah je dari rumah kami tinggal sekarang. Masa aku dalam pantang, hari-hari abah datang menjenguk (mama memang duduk umah ateh terus, jaga aku). Biasanya abah datang tengahari lepas amik Izzah balik skool.

Tiap-tiap hari singgah lepas Izzah balik skool.

Jenguk je muka pintu, dengarlah suara aki dengan nada yang sama tiap-tiap hari
Assalamualaikummmm.... Adam....oooo Adam.....
Abah biasa makan nasik, pastu lepak sampai petang kat rumah kami. Malam sibuklah nak balik. Tapi sepanjang duk kat rumah tu, kerjanya asyik duk gomol Adam aje. Sekarang dah ada Ummar pulak, makin syok lah aki gomol cucu-cucunya. 

Tengok tu, budak tu baru 10 hari dah kena dera. Huhu

For the record, aki lah orangnya yang bertanggujawab kenapa Adam asyik nak duuk atas riba orang aje. Even dah lena tidur, letak bawah je terus sedar balik. Mana tak nye, kalau aki ada, berjam-jam aki riba Adam. Aki cakap riba dia tu 'sarang Adam'. Dulu riba tu pernah jadi sarang kami 4 beradik jugak. Tapi sekarang dah jadi sarang Adam sebab Ummar tak suka baring atas riba, dia suka pegang pesen lain. Huhu. Tengoklah gambar bukti ni. Adam dalam sarang dia.

Berjam-jam duduk macam ni, manalah tak ketagih dibuatnya budak tu.

Adam tidur dalam sarang, aki layan jiwang.

Singing his lullaby.

Duduk kejap, dah tertido.

Don't get too comfortable sayang. It used to be my sarang. Hehe.

Tengok tv dengan aki.

Lepaking with Aki.

Main dengan aki.
Sekarang, bila dah kerja ni, aku hantar Adam rumah aki. Nenek tolong jaga. Aki tak bagi hantar Adam kat nursery, tak leh percaya katanya. Bersyukur jugak mama nak tolong jagakan Adam berbanding ibu-ibu lain yang takde option melainkan hantar anak derang ke nursery atau rumah pengasuh. Ibu berkerjaya. Apa lagi pilihan yang kita ada kan.

Bila balik kerja petang-petang nampaklah aki bawak Adam jalan-jalan. Bahagianya rasa. Ni ada gambar Adam kat rumah aki. Main aje kerjanya.


Aki Kuala Krai pulak ada datang rumah masa Adam umur 4 hari. Siap tidur semalaman sebab nak balik hari abah tak larat. Jauh. Masa abah kat rumah kami tu takdelah tunjuk dia punya excitement lagi. Biase-biase aje. Kenalah kawal diri kat rumah besan. Nanti abah cakap pulak, apa gedik sangat besan aku nih? Huhu. 


Aki sonok dapat pegang cucu.

Cuma yang agak sedih, masa kami bawak Adam balik kampung (umur 2 bulan) abah sangat tak sihat jadi tak dapat nak main dengan cucu sangat. Pegang pun gitu-gitu aje. Tapi boleh nampak dia punya teruja tu. Kami sampai tengah malam pun, sanggup abah bangun tengok cucu.

Ternampak-nampak lagi kat mata ni, abah baring (dia tak banyak bangun dah sekarang, tak larat) sambil panggil Adam, Adam. Kesian abah, makin teruk diabetes dia.

To both abah dan abah, terima kasih banyak-banyak untuk abah punya affection dan perhatian untuk Adam. Allah saja yang tau betapa angah menghargai kasih sayang abah berdua. Love you both banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol