Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Merapu Seorang Aku


Alhamdulillah.. Semalam telah sempurna majlis cukur jambul kedua-dua anakanda Muhammad Adam Falahuddin & Muhammad Ummar Rifqi. Majlis yang ringkas tapi sempurna. Esok, lusa nak mintak tolong abang long botakkan Adam. Masih dalam proses mengumpul gambar dari kamera abang long dan along. Jadi tataplah teaser ni dulu buat masa ni.

Terima kasih Allah atas nikmat bahagia ini.

Sejurus selepas selesai potong jambul. Masih lena dari mula majlis hingga selesai.

Next agenda ialah mula bekerja lusa (Selasa, 3 Jun 2014) lepas tiga bulan bercuti lama. Entah kenapa rasa macam ni (sendiri pun rasa tak percaya), tapi timbul satu semangat baru yang meluap-luap nak kerja kuat-kuat, kerja rajin-rajin. Dalam dilema sedih nak tinggalkan Adam pergi berkerja, tapi pada masa yang sama dia jugak reason aku nak kerja lebih gigih.
Semoga mama mampu sediakan kehidupan terbaik untukmu nak.

Komitmen besar aku dan B.

Mama nak saving untuk Adam. Nanti besar kita tak payah pinjam PTPTN ye sayang.

Lepas selesai majlis Adam dan Rifqi, malam tu abah kena stroke. Masih risaukan abah yang hampir lumpuh sebelah kiri badan. Buat masa sekarang, abang teh yang dukung ke bilik air. Mama tolong tuamkan kaki dan kami adik-beradik semua ada dengan abah.
Tapi abah yang kami kenal, tetap ceria macam biasa.

Cepat-cepat sembuh ye aki. Cucu-cucu nak main dengan aki.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol