Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Marhaban Ya Ramadhan 1435H


Pic source: ramadhantimetable2014
Salam penghulu segala hari. Sangat suka gambar ini. Cahaya dari lampu, simbolik kepada munajat di sepertiga malam. MasyaAllah. Rezeki sempena Ramadhan yang bakal tiba, terjumpa pula satu blog yang banyak bagi tips-tips berguna untuk Muslim menjadi produktif sepanjang Ramadhan ni. Banyak sangat artikel berguna.

PRODUCTIVE MUSLIM

Aku tamao entri ni jadi entri kosong, kena ada satu manfaat yang dapat diambil dari entri kali ni. Bukan sekadar untuk ucapkan selamat datang pada Ramadhan, tapi sehingga Ramadhan pulang kita masih lagi di sini, masih orang yang sama, tak ada sebarang perubahan.

Kita Muslim selalu menjadikan Ramadhan yang mulia ni sebagai alasan untuk menjadi kurang produktif. Tahun lepas, aku pernah terbaca komen seorang pemain bolasepak kebangsaan, nama tak nak sebut, bila ditanya kenapa kalah? Jawabnya "kami letih berpuasa." Mak aih, tak malu ke jawab camtu? Pada masa yang sama, di FB post pasal pemain-pemain Muslim di Eropah yang tetap berpuasa walaupun match di siang hari menjadi viral. Mereka berjaya buktikan, walaupun sedang beribadah, mereka tetap perform. Tip top.

Nah, inilah contoh yang kita harapkan. Umat Islam kena fit, sihat dan selalu produktif. Kita tamao orang kata kita lembik sebab puasa. Walaupun lapar, kita tetap kuat. Walaupun lemah, kita tetap menang.
Allahu Ghalibun.

Tahukah korang yang umat Islam terdahulu tetap berperang walaupun dalam keadaan berpuasa? Mereka tak menjadikan letih itu alasan sebaliknya mereka gembira jika dapat syahid ketika sedang puasa. Antara peperangan yang famous dalam sejarah Islam yang berlaku masa bulan puasa adalah (ni yang aku tau je, yang lain ada banyak lagi kot):-

Ramadhan 2H- Perang Badar Al-Kubra
313 orang Islam menentang 1000 orang musyrikin Mekah. Pihak tentera muslimin dibantu oleh tentera Allah iaitu para malaikat dan mereka memenangi peperangan pertama dalam sejarah Islam.

Ramadhan 5H- Persiapan Perang Khandaq
Perang ini bermula pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah. Tetapi persiapan iaitu penggalian parit di sekeliling Kota Madinah berlaku pada bulan Ramadhan. Tabah kan mereka. Berpenat-lelah menggali parit besar semasa sedang puasa. Kemenangan di pihak tentera Islam.
Satu lagi perkara istimewa tentang perang Khandaq ialah semasa sedang menggali parit, Rasulullah pernah bersabda
... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ...
Perkara ini menjadi kenyataan apabila 800 tahun kemudian Sultan Muhammad Al-Fatih (Khalifah Turki Uthmaniyyah) berjaya menakluk Konstantinopel dan menjatuhkan Empayar Byzantine.

Ramadhan 92H- Perang di Andalusia (Tariq bin Ziyad)
Tariq B. Ziyad menakluk Andalusia selepas membakar semua kapal perang di pinggir Pantai Karang.
Kita tidak datang ke sini untuk kembali. Sesungguhnya syurga Allah telah terbentang luas di hadapan kita dan di belakang kita adalah lautan. Sama ada kita menakluk tanah ini dan tinggal di sini, atau kita semua syahid
12, 000 tentera Islam mengalahkan 100,000 tentera Visigoth pimpinan Raja Roderick. Nama Sepanyol ditukar kepada Andalusia.

Ramadhan 584H- Perang Salib (Salahuddin Al-Ayubi)
Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H- Perang Ain Jalut (Muzaffar Saifudin Qutuz) 
Semasa kemasukan tentera tartar (Mongol) di Baghdad, (pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut), mereka telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Azan dilarang daripada dilaungkan, masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera-tentera Tartar yang biadap ini dan Khalifah Islam telah dibunuh. Sultan Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Tentera Mamluk Mesir meraih kemenangan di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

Jadi, apa alasan kita? Aku sendiri akan berjihad kecil menyusukan Adam dalam bulan puasa ni. Excited to go through a new experience by myself. Selamat menyambut Ramdhan dan selamat beribadah ^_^

Pic source: Link

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol