Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Macam-macam Adam Minggu Ini



Aku paling suka 23hb. Sebab 23hb hari gaji B. Hihi. 2 hari awal dari aku. Kalau dah kering-kering tu, toksah bimbang sebab 23hb dapat duit belanja yang B kasi pulak. Bila dah ada anak ni, macam biasalah, keperluan anak diutamakan lebih dari segala-galanya. Jadi hari gaji tu (Isnin) terus B ajak kua beli diapers, barang-barang keperluan Adam dan baju sikit-sikit lagi tambah.

Baju baru Adam. Nenek pesan belikan singlet untuk pakai siang. 
Malamnya, Adam start batuk-batuk dan makin teruk esoknya. Jadi, semalam (Selasa) aku terpaksa amik leave untuk bawak Adam pergi klinik. Akhirnya dengan aku-aku sekali dapat MC sebab aku pun batuk-batuk jugak. Sedih sangat tengok Adam. Doktor cakap dia ada bronchitis, mula nak jadi athma. Dia kena neb. Mula-mula ok je pakai neb, dekat nak habis start mengamuk dah.

Macam nilah rupanya. Lupa nak amik gambar Adam masa dia tengah pakai.

Doktor tanya a few question related to the factor that cause Adam's bronchitis. Doktor tanya abahnya smoke ke tak? Which is the answer is yes (sakit hati pulak rasanya). Smoke dalam rumah ke kat luar. Ada pasang ubat nyamuk asap ke tak. Tidur pakai 'air-cond' ke kipas. Rumah ada bela kucing tak, pakai karpet tak. Ada construction ke dekat-dekat rumah.

Tidur lena sementara tunggu giliran.

Kesian anak mama batuk-batuk.
Menjawab soalan-soalan doktor tu, kami sebulat suara bersetuju yang penyebabnya adalah kucing-kucing kami (haih, apalah nak buat dengan meow, meow ni semua) dan jugak kemungkinan besar Adam kena jangkitan paru-paru masa kami balik kampung weekend lepas (Sabtu). Masa tu aku tengok pokok-pokok kekabu kat rumah arwah nenek, buahnya banyak gugur. Memutih kekabu tu berterbangan kat luar rumah. Adam alergik agaknya kot.

Tidur rumah onyang malam Sabtu. Masa ni masih sihat lagi.
Kami balik kampung sebab esoknya (Ahad) ada kenduri tahlil arwah nenek aku.Last minute punya decision, sebab rushing nak mintak izin B yang belum balik kerja, pastu tak angkat fon pulak. Abah pulak takkan bagi aku dengan Adam tinggal berdua kat Kemaman sementara yang lain balik Pekan. Akhirnya aku dan Adam diangkut balik jugak tanpa kebenaran B atas alasan darurat. Eh, boleh ek camtu? Malam Ahad, balik dari Pekan Adam mula tunjuk tanda-tanda nak demam. Batuk, hidung tersumbat, badan panas. 

Al-Fatihah. Senyumlah cek. Akan aku pinta syurga terindah untukmu selagi hayat dikandung badan.
Semalam, balik dari klinik, aku bagi dia makan ubat batuk, ubat cairkan kahak dan ubat demam (ubat demam dapat masa cucu 2 bulan ritu). Lepas makan ubat, Adam muntah habis susu yang dia baru minum sampai susu tu keluar dari hidung dia. Ya Allah, sedih sangat tengok. Dengar dia batuk tu, macam terseksa aje. Terasa berdosa, macam aku tak jaga Adam baik-baik je =(

Lepas makan ubat kat rumah nenek, bawak balik rumah. Bubuh vicks kat belakang dengan dada, bedakkan satu badan jadi macam kuih bersalut tepung dah Adam, tukar diapers, salin baju (baju tadi dah masam kena muntah).

What a good boy Adam. Sangat tabah. Semalam, dia masih mampu senyum dalam keadaan kurang sihat.
Malam tadi Adam tidur meniarap atas dada aku sampai pukul 4.30 pagi (B yang suggest, sebab ma dia dengan adik-adik dulu wat camtu). Dia bangun pun sebab lapar susu. Betullah apa yang aku selalu baca kat internet, bunyi heart beat ibu dapat menenangkan baby dan buat dia rasa secure.

Pagi ni (Rabu) Adam bangun dengan ceria walaupun belum sembuh sepenuhnya. Pagi-pagi dah hadiahkan aku dengan senyuman. Tenangnya rasa hati mama. Terima kasih Adam.

Dengar suara mama, belum buka mata lagi dah senyum.
Mama, Adam dah nak sihat. Adam kuat kan mama.
Nak ikut mama pergi kerja boleh?
Baru nak hepi Adam dah makin sihat, Ummar dengan Ammar pulak nak balik Puncak Alam sampai Jumaat. Nanti Sabtu aku dengan B nak balik Kelantan pulak. Haih. 

"Adik Ummar nak tinggal mama dah. Nak ikut abah dengan ibu balik Puncak Alam."
Bye sayang. Mama nak rindu Ammar & Ummar banyak-banyak.
  

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol