Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Last Day Before Long Holiday


Last day kerja. Lepas ni nak cuti 3 bulan.
Selain gomol-gomol baby setiap hari, aku belum fikir lagi apa nak buat 3 bulan ni. Lama tu 3 bulan. Yang pasti, rutin harian aku sebelum ni HUBBY, WORK, TUITION akan mengalami rombakan besar.

P/s: B, don't worry, u r still my top priority <3 <3 <3

Nak tolong ateh kat Tuition?
Tengah-tengah busy berpantang nanti boleh pulak nak pegi lepak tuition ek? Abis tu, baby sape nak jaga?

Nak pegi holiday?
Lambat dah. Tunggulah baby besar sket, baru pegi jenjalan.

Maldives, wait 4 me. Ngeh3x.

Nak pegi jalan-jalan cari makan?
Takde maknanya. Tengah pantang kot.

Sekarang bantai semua. Yang goreng, yang pedas, yang lemak. Nanti beranak tak boley dah.
Yang pastinya cuti ni kena dimanfaatkan untuk:-
  • Setelkan urusan beli rumah - nak sediakan tempat tinggal selesa untuk my baby ^_^
  • Completekan kelengkapan baby - my top priority now.
  • Tamatkan proses berpantang dengan jayanya - will be my precious 1st exp.
  • Blogging - cerita pregnancy dah hampir tamat nih. Kenalah start cerita baru pulak. Cerita pasal My Little Babyboy =)
  • Business Online?? - Why not? Boring-boring nanti boleh jugak jana income. Duit boleh beli barang baby. Tapi aku nak jual apa weh? 
Tudung?
Cadar Oli?

Jamu Susuk Dara? Aww, malu Iolls.
 
Tupperware? Best jugak product Tupperware kan.  Tapi nanti tengah pantang, siapa nak pos barang?
Ahh, nantilah aku fikirkan. 3 bulan lama kan, >_~ wink wink.

Air Selusuh


Assalamualaikum! Selamat hari Jumaat ^_^

               Entri ni memang sinonim dengan orang mengandung kan? Tambah-tambah lagi si buyung di minggu ke-38 neh. Menghitung hari gitu noks. Aku pening jugak pasal air selusuh ni pada mulanya. Kalau tanya orang-orang tua macam-macam versi air selusuh la yang kita dapat dengar. Yang pelik-pelik, ekstrem,  dan 'tak tercapai akalmu' pun banyak.

                Yelah, mana tak pelik. Ada orang tu, Kak La (bukan nama sebenar) siap suggest aku minum air yang dah dijilat kucing. Maknanya, lepas kucing minum, aku pulak minum air tu. What the........ Memanglah rumah aku ada bela banyak kucing. Tapi buatnye kucing tu baru telan tikus ke, cicak ke, katak ke, tak ke kena jangkitan kuman aku nanti. Haish...

RM10 / bottle

                Nak mudah, aku beli je air Musoffa yang dah siap-siap dibaca ayat-ayat suci Al-Quran dekat pasaraya. Pastu mintak tolong abah buatkan. Tapi abah cakap,

lagi afdhal kalau abang ngah yang buat angah. Nanti abah pun tolong-tolong la jugak. Lagi ramai buat lagi bagus, sama-sama doakan.

 Hurm. Untunglah ramai orang nak buatkan. Lagi ramai orang doakan lagi bagus ye dok? Untuk aku, abah suruh banyak-banyak baca Doa Nabi Yunus ni. Tiap-tiap lepas solat Maghrib, bacalah 400x kemudian berhajat mintak diberi keringanan dari sakit bersalin tu. Mintak diberi ketabahan nak menghadapi sakit tu. Sakit no. 2 lepas Sakaratul Maut. Insaf aku. Berdebar tak yah cakaplah.

         
~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari golongan orang-orang yang menganiayai diriku sendiri ~

               Nak bagus, si bakal ibu sendiri, jadikanlah wirid ayat ni ye. Bila ingat je, terus baca. Bila dah sakit nanti, baca lagi sampai 400X kalau boleh. Selain daripada tu, ni ada lagi cara-cara suami nak buat air selusuh untuk isteri :-
Sebenarnya ada bersepah dalam internet. Ni salah satu dari link nya yang aku rasa mudah & jelas. Masuk 7 bulan sebenarnya dah boleh start minum air selusuh 2 kali sehari (sebab tak tau bila akan bersalin) dan nanti masa sakit pun nak minum lagi. So, belilah banyak-banyak sikit.
Jangan lupa selawat atas Rasul junjungan (3x @ 7x @ 11x) sebelum minum. Mohon syafaat Baginda =)

Wokeh, lepas ni nak ajak B cari air Zam Zam pulak ^_^

Minum Air Gula - 6th Check Up


6th CHECK UP (31st Dec 2013)


                Last day of 2013. Hari ni aku ada agenda penting sebelum tahun baru : MINUM AIR GULA. Dulu-dulu yang aku dengar, kalau mak bapak kita tak ada any Diabetic history tak payah minum air gula ni melainkan kalau umur dah 35 above. Tapi sekarang tak kira mak bapak tok nenek sekalipun tak pernah ada diabetis, bila si ibu dah berusia 25 tahun ke atas, automatik kena check mana tau kot-kot kita ni diabetic during pregnancy. Dan macam aku yang dah kertu ni (nak wat camne, kawen lambat T_T ) terpaksalah minum air gula.

Pic source: kaskus

                Start pukul 10 malam semalam aku dah kena puasa. Memang seksa la. Sekarang aku faham kenapa ramai yang muntah masa sesi minum air gula ni. Bayangkan, perut dah kosong almost 10 jam, pastu benda yang mula-mula masuk tekak air manis yang likat pekat tu. Pagi ni, mula-mula sekali:-
ü  Kena amek darah dulu.
ü  Lepas tu minum air gula. Segelas pulak tu. Air kosong sikit je dia bagi.
ü  Pergi lab. Bagi urine sample dan tunggu result.
ü  Consult nurse. Check perut, timbang berat, check Hb (prick hujung jari).
ü  Pergi lab sekali lagi. Result Hb aku tadi rendah sket (dia dah turun lagi), kena check sekali lagi. Kali ni amek darah kat lengan pulak. Adoi.
ü  Consult doktor. Doktor cakap takde problem pun. Maybe Hb aku rendah sebab skip makan vitamin masa banjir ritu. Hb ni macam tulah, senang turun payah nak naik, kata doktor tu.
ü  Cucuk kancing gigi, 2nd dos.
Sudahnya macam tulah. Ke sana ke sini, patutnya nak masuk office lambat sikit, last-last terpaksa amek cuti half day jugak.

Air gula punya pasal.

Mengira Gerak Janin - 5th Check Up


5th CHECK UP (18th Dec 2013)


              Result 1st and 2nd time scan baby ritu, nurse suruh kepilkan sekali dalam Buku Pink supaya senang doktor nak review nanti. Di minggu ke-28 (kandungan 7 bulan) ni aku dah kena mula mengira gerak janin. Mula pukul 9 pagi, dan kena take note masa gerakan ke-10.

            Kalau masa gerakan ke-10 kurang dari 12 tghari (terlalu cepat) atau lebih dari 10 malam (terlalu lambat) kena pegi hospital on the spot. Cara nak kesan pergerakan baby pulak, ialah bila kita rasa baby macam menendang tu. Kalau pergerakan tu 2, 3 kali berturut-turut, kita consider tu sebagai 1 pergerakan aje. Kalau beberapa minit kemudian ada rasa pergerakan lagi baru dikira sebagai pergerakan seterusnya. Macam yang aku cerita dalam entri sebelum ni, perut aku selalu menegang (start 7 bulan) pastu dia macam keras-keras gitu. Itu tak dikira sebagai pergerakan.

              Gerakan baby yang terlalu rapid atau terlalu slow indicate yang baby might have problem. Mengikut kata nurse tu lah. Takut dia terbelit tali pusat ke, lemas ke, heart beat dia terlalu slow ke, tak cukup oksigen ke. Late action boleh menyebabkan baby tak dapat diselamatkan. Ish3x. Aku kadang-kadang lupa nak bawak buku pink dtg office. Aku tanda dulu dalam diari, balik rumah baru tulis. Kalau aku kena berada di luar, aku akan ingat berapa kali dah baby gerak dan bila balik baru tanda.

                Dalam buku pink tu ada 3 page Carta Gerak Janin:-

v  28 – 31 Minggu Kehamilan
v  32 – 36 Minggu Kehamilan
v  36 Minggu Kehamilan – Bersalin

Tanda betul-betul & sila jangan mengelat.

            One thing I noticed about my baby, dia memang sangat kurang bergerak siang hari. Cuma kalau dia rasa sejuk bila mommy dia mandi, atau kaki tersentuh lantai bilik air, baby akan response dengan perut jadi sangat tegang. Tapi memang most of the time dia akan tidur siang. Elok je lepas orang azan Maghrib, baby pun memulakan aktiviti dia. Tamao duk diam dah. Especially time aku nak tido. Posisi tido aku yang paling baby tak suka adalah tido mengiring. Dua-dua side perut aku kena ‘side kick’.

Sebab tu aku punya chart yang 1st page tu kebanyakan masa dia 6.30 - 8.30 malam. Tapi tak pernah lagi sampai tengah malam baru habis 10 pergerakan.

             Itu cerita masa 7 bulan. Sekarang dah ok. Baby dah rajin. Dah pandai bangun pagi. Kalau dia tak bangun, aku tepuk-tepuk jugak perut kasi dia bangun. Mihmihmih. During my next check up aku bagitau nurse “baby saya tak gerak sangat kalau siang. Malam baru aktif. Normal ke tu?” Nurse tu jawab

“tak ada masalah. Cuma kalau boleh, pagi-pagi tu kejutkanlah dia. Kalau terbawa-bawa sampai ke lahir nanti, tak tidurlah jawabnya awak dengan suami awak. Tido siang, malam bangun nak main.”

Wokeh baby, sila bangun sekarang jugak!!


P/s: masa ni Hb aku dah naik sket. Menjadi la makan Pramilet tablet tu.

2nd Baby Scan


2nd BABY SCAN (14th Dec 2013)


Assalamualaikum.
             So at this moment, I'm already at my 27th week pregnancy. Still too vulnerable dan sedang cuba pulihkan diri lepas almost 2 weeks hadapi banjir dan krisis selepas banjir. Hari sebelumnya (Jumaat) adalah hari pertama aku kembali berkerja lepas banjir.


DUGAAN YANG BERAT

               Aku ingat lagi masa ni masih banyak hal yang belum setel. Rumah belum habis dikemas, kain baju entah ke mana. Bayangkan yang tengah 'melabu' macam aku ni pun terkedek-kedek ke sana ke mari tolong apa yang patut. Famili suruh aku rehat je, duk diam-diam tengok orang buat kerja tapi tak sedap rasanya nak tengok saje-saje.

               Kereta aku pun tenggelem air, aku pergi kerja abah yang hantar. Hari ke-5 di rumah, maknanya dah 4 malam aku tidur dalam kereta. Kaki aku sembab macam orang peknen 9 bulan padahal masa tu baru 6 bulan. Mama cakap sebab aku tidur kaki berjuntai lama ke bawah.

           As for my pregnancy, aku dah dua minggu tak makan apa-apa vitamin @ suppliment. Nak makan camne, semua dah hilang masa banjir. Dahla aku anemic, tak makan ubat pulak. Tak tau dah apa jadi dengan Hb aku. In fact, masa banjir tu aku siap jalan kaki mengharung air almost 1 km, orang dukung, pikul, campak aku bawak naik bot, naik lori, naik kete balik Pekan.

               Dengan adanya B dan keluarga di sisi both, baby and me were strong. Aku sangat proud dengan baby. Aku sangat lasak sepanjang 2 minggu ni tapi baby takde buat hal pun. Takde sakit perut ke, masalah apa-apa ke. Syukur kepada Allah S.W.T. he's as tough as his dad.

                Aku rasa flood yang hit kami kali ni didn't hurt me physically as much as it hurts me emotionally.  Kawan-kawan, macam biasalah. Ada yang faham. Tak kurang juga yang kurang faham (atau sengaja tak mau faham). Keluar dari rumah, bila tak bersama keluarga (pergi kerja ke, pergi kedai ke, jumpa oarang di luar ke) aku ada sikit moral down. Komen-komen yang agak 'kureng' seperti

"bodohnya orang yang tak alihkan kereta awal-awal masa baru hujan sikit-sikit, masa air belum naik" 

atau 

"kenapa tak keluar awal-awal dari kawasan tu, sebelum banjir?" 

atau 

"kenapa pindah lari ke __________ (isi nama sebarang tempat), tak lari ke __________ (isi nama sebarang tempat)? Barulah selamat."

atau

"bukan kerajaan tak hantar bantuan, dah hantar malas nak masak. Pastu demand nak makan sedap-sedap."

atau yang paling best

"mangsa banjir tu semua sombong, Allah S.W.T turun bala lah tu."

Terus-terang aku cakap. Orang yang mudah menghakimi keadaan seseorang atau judge sesuatu situasi bila dia sendiri tak berada dalam situasi tersebut adalah manusia yang ZALIM. As simple as that. Jangan kata nak simpati, kau kutuk lagi kawan tu, dahlah dia ditimpa musibah. Akai ada ka? Luckily, company ada bagi sumbangan jugak untuk mangsa banjir. Lepaslah beli barang keperluan yang penting-penting, spare parts kereta dan bekalan makanan. Barang-barang baby memang tak sempat fikir langsung masa tu. Tapi pastu bonus kena potong plak. Ceh.


BERITA GEMBIRA UNTUK KAMI

               Survive dari tragedi tersebut (malu kat Allah nak sebut tragedi. Baru hilang harta, bukan hilang nyawa) kami cuba untuk happykan diri semula. Dan antara perkara yang keep us happy all the times adalah along's and my pregnancy. So, kami decide nak tengok baby sekali lagi. Confirmkan betul tak baby yang tak boleh duk diam tu babyboy macam Dr. Zainab cakap.

               14 Disember, Sabtu aku nak pergi scan dekat Klinik Zainab sekali lagi. Guess what? Klinik Zainab ada tampal notis besar

MESIN SCAN ROSAK!!
KENA BANJIR 

           Kuciwa, kuciwa. Dah alang-alang keluar, kami pun ke bandar Chukai. Klinik Leina Zaidi tutup. Jalan lagi. Semua klinik tutup malam ni. Lepas banjir, belum ada banyak kedai di sekitar Kemaman ni bukak. Masing-masing tengah baik pulih premis masing-masing. Jalan lagi. Sampai Klinik Nabilah, masuk jelah. Orang cakap doktor dia ok jugak, yang tak ok nya orang terlalu ramai. Aku amik no. giliran, no. 27. Masa tu baru pukul 7.55. Mak aih dalam klinik dah penuh orang menunggu.

               Ada lagi satu benda yang tak best. Terlanjur sampai Klinik Nabilah ni, aku ingat nak scan 4D terus sebab kat sini ada mesin scan 4D. Klinik Zainab takde. Tapi adik kat kaunter pendaftaran tu cakap 27 minggu dah tak boleh nampak. Seelok-eloknya 25-26 minggu. Hadoyai terlebih seminggu je kot =( Elok pulak minggu ke 25 & 26 tu tengah banjir, memang takde rezeki lah kami nak tengok muka anak. Plus, klau nak scan 4D kena buat appointment lain dan datang semula siang hari. Kalau malam, kekangan masa. Dahla orang sangat ramai. Takpelah kalau macam tu, banyak hal sangat. Scan biasa pun ok jek.  

Tak taula anak sape ni, tapi seyes tembam. Pic source: annerly

              Pukul 9 barulah sampai turn aku. Tu pun lepas habis kedai aku pusing-pusing dekat Yellow Town tu. Akhirnya dapat jugak jumpa doktor. Kali ni doktor tak macam mak-mak orang. Dia macam ex-Ketua Program course aku kat UiTM dulu. Tegas. Tapi dengan patient dia ok. Doktor confirmkan baby ni babyboy. Dia sihat, Alhamdulillah. Saiz dia pun just nice dengan umur dia. Mommy lasak-lasak macam mana pun baby tetap sihat. Ni gambar dia

Yang bulat tu kepalanya. Ikut saiz kepala, dia cukup-cukup 27 minggu =)

               Aku cerita kat doktor yang aku dah 2 minggu tak makan vitamin. Vitamin aku hilang. Masa tu dia suggest Pramilet, makan sebiji sehari. Aman hidup aku, tak payah makan sampai 4 jenis pil sehari. Paling lega, tak payah makn pil busuk tu. Selalu vomit sebab pil tu. Meloyakan.


Malamnya, along dah bawak Ammar Faris datang rumah (along just arrived from Puancak Alam). Seronok tengok abah, B, abang long, abang teh, anak-beranak pakat-pakat baiki kerete-kereta yang tersadai depan rumah. Banjir punya pasal.

HB Drop - 3rd & 4th Check Up


3rd CHECK UP (13th Oct 2013)


               Lepas scan baby dan doktor cakap baby sihat walafiat, aku pun meneruskan rutin check up macam biasa. Cuma boring sebab kena menunggu lama la. Entri ni pun aku combine 3rd & 4th check up sebab tak ada benda yang penting nak cerita sangat. Persamaannya cuma nurse dah start monitor aku punya Hb sebab Hb aku dah start menurun. Diorang pulak yang susah hati sebab aku punya Hb turun. Aku tak susah hati pun. Aku susah hati dengan preparatiom nak sambut Raya Haji lagi dua hari adalah. Mihmihmih.

               Masa 3rd check up ni, kandungan aku dah masuk 18 minggu. Masa ni Hb aku start drop tapi belum sampai ke tahap membimbangkan la. Status aku dalam Buku Pink masih  'Keadaan Ibu Memuaskan'. Nurse yang consult masa tu suruh banyakkan rehat, continue makan pil-pil yang diorang bagi dan monitor kalau-kalau ada tanda pendarahan aje.

                   Itu memang mendatangkan kelegaan yang teramat sangat la kat aku (rupanya sementara aje). Klah, sebab takde gambar menarik masa pergi check up ritu, aku tempek gambar masa raya haji jelah.Hihi.


Macam nilah rupa 'Ibu yang memuaskan' tu. Bapak tak berapa memuaskan sangat, ngeh3x.

4th CHECK UP (13th Nov 2013)

               This time ada cerita yang agak menarik sket di minggu ke-23. Dipendekkan cerita, ikutkan aku punya schedule, my next c/up 26/12/2013. Aku pun tak bother sangat kenapa jarak antara previous and current c/up lebih dari sebulan. Bagi aku normallah tu kot sebab aku pun baru 5 bulan lebih. Maybe lagi dekat dengan due date c/up akan lebih kerap. Tapi tetiba satu hari tu B call aku dari Kelantan. (Waktu ni B di Kuala Krai, dia dengan famili nak pergi Shah Alam, adik dia konvo.) Aku tak ikut sebab B pergi whole week. Cuti tahunan aku dah tak banyak hujung-hujung tahun ni.

Sayang, tadi klinik kol abang. Dia cakap ayang dah lama tak pergi klinik.
             
               Haish, mana ada aku ponteng c/up. Memang belum sampai date dia lagi lah. Atas nasihat B, aku pun call balik Klinik Kesihatan tu. Nasib baik aku dah simpan siap-siap no phone Klinik Kesihatan tu. Aku bagitau je nama aku, terus nurse tanya "hah, awak nape lama tak datang klinik?" Aku bagitau elok-elok aku punya next c/up lambat lagi. Terus nurse tu macam cemas. "Alamak, dia salah tulis date tu. Patutnya dia nak tulis 26/11 bukan 26/12! Hurm, sepatutnya c/up dua minggu sekali, ni dah dekat sebulan ni. Boleh tak awak datang je 13hb ni, hari Rabu?" Aku ok je. Bukan salah aku pun.

5 bulan. Baby bump kecik aje =)

               Lepas kali kedua buat c/up aku dah pandai pergi sendiri. Tak payah B temankan lagi. Temujanji aku kali ni macam menghampakan sebab sekali lagi Hb aku drop. Tak best lah camni, dah dua kali berturut-turut turun. Kali ni dah kurang dari 11.0, so tak eloklah untuk baby punya progress. Nanti dia tak cukup oksigen =( Yang lain ok je, berat badan, blood pressure. Dahlah aku dah makan pil-pil vitamin tu ikut arahan. Sekarang status aku dah tukar dari 'Keadaan Ibu Memuaskan' kepada 'Anemia in Pregnancy'. Berdebar pulak aku. Nurse tu pesan,

kalau sakit perut, ada pendarahan, keluar tanda ke, sebelum 7 bulan immediately kena pergi hospital pastu pergi dekat Emergency ye. Kalau selepas 7 bulan boleh pergi Labour Room terus. Tak payah tunggu. Boleh beranak terus.

                Nurse suggest aku untuk start amik Iron tablets tu 2 biji sehari instead of sebiji macam sebelum ni. Selain tu, tak boleh depends pada ubat je. Aku sendiri kena ada efforts untuk makan lebih zat besi macam kerang, hati, bilis, sayur-sayuran hijau dll. Pastu dia cerita la keburukan anemia ni pada ibu dan fetal. Aku fahamlah apa dia cakap tu, tapi kalau memang dah dijaga pun tak naik-naik jugak nak buat camne? Aku dah memang ada anemia history dari kecik lagi, bukan masa mengandung ni je. Susah hati aku. Dah lah suami jauh di mata, ateh pulak sibuk nak kawin time tu (ade pulak kena-mengena dengan Hb.)

               Takpelah, nanti aku tanya dengan orang yang ada pengalaman pregnant macam mana nak naikkan balik Hb ni. Sob, sob. Apa lagi yang nak kena makan. Harap-harap akan makin ok nanti. Next c/up - lagi sebulan 18/12/2013.

Iron Tablets. Dah makan 2 biji/day pun still anemic lagi. Melampau tol. Dahlah busuk pil ni.

1st Baby Scan


1st BABY SCAN (19th Sep 2013)


Assalamualaikum readers.
             Semoga petang hari anda ceria seperti saya juga. Sambungan kisah my 1st pregnancy kali ni adalah rentetan daripada selepas saya dan hubby buat Blood Test semasa check up 2nd time hari tu (sungguh formal rasanya menggunakan 'saya' instead of 'aku'). 

             Oklah, back to our throwback. Hari cuti aku dengan B cuma beberapa kali aje sama dalam sebulan. So, kami terpaksa set satu date yang kami berdua sama-sama free pada waktu malam on weekdays. On weekends, Klinik Zainab yang kami nak pergi ni tutup. Aku insist jugak-jugak nak pergi Klinik Zainab ni sebab di area Chukai ni she has very good reputation. Ramai orang cakap Dr. Zainab explain about the baby sangat-sangat detail pastu her guess about baby punya jantina selalunya tepat even on early pregnancy. Well, because of years of experience of course.

              Berdebar sangat masa tu. Dahlah baby baru 15 minggu. Tak taulah nampak apa. Bila masuk tu, terkezut aku tengok doktor. Pakai purdah rupanya Dr Zainab ni. Nampak mata dia je kelip-kelip, pastu suara macam garang je. Actually lebih kepada tegas la. 

               "Ok puan, baring lepas tu relaks ye." Bila doktor mula letak scan gel yang sejuk tu atas perut, pastu start golekkan benda alah yang apa benda namanya aku pun tak tau, persepsi aku berubah habis. Doktor ni memang macam mak-mak orang, sangat friendly but at the same time sangat details dengan penerangan dia. Mula-mula sekali aku nampak tompok kecil warna hitam. Doktor pun start bercerita. 

"Ni lah keadaan dalam rahim awak. Tompok hitam tu menunjukkan dalam ni dah dihuni satu 'makhluk'. Daripada yang kita nampak, satu 'makhluk' je. Bukan kembar ye. Ok, sekarang kita nak besarkan gambar ni bagi nampak jelas. 

Sekejap lepas tu muka doktor berkerut-kerut. "Kejap ye puan, anak puan tak nak duduk diam langsung ni. Payah nak fokus nak tengok jantina dia." Aku pun tengok kat screen. Betullah doktor cakap, aku tengok 'makhluk' kecil tu macam tengah berjoget-joget. Jap pusing sana, jap pusing sini. Pastu angkat dua-dua kaki tinggi-tinggi (yang ni salah B, baby awal-awal lagi dah minat tendang bola). "Tengok kaki dia, dah macam tiang bendera. Tegak aje. Tulang kaki, tangan nampak tak ada masalah ye puan. Ha, yang ni pulak jantung dia. Doktor kuatkan volume, then aku boleh dengar bunyi heart beat. Bercelaru bunyinya, tapi aku seronok sangat. 

"Jantung dia bunyi kuat. Bagus, bagus." 

Itu yang doktor cakap. Bagi aku, aku dengar bunyi macam ribut petir aje. Aku rasa macam tak percaya tengok baby tu aktif macam tu, padahal perut aku takde rasa apa-apa pun. 

               Aku sempat jeling B, dia diri kat hujung bed tu. Dia senyum je kat aku. Sekarang doktor nak check baby punya jantina pulak. Doktor cuba fokuskan dekat celah kangkang baby, pastu dia cakap

"nampak macam babyboy ni puan. Tapi saya tak boleh confirm dulu ye. Baby ni kecil lagi, maybe yang kita nampak tu bukan penis dia sebab kadang-kadang dekat celah kangkang ni tali pusat dia. Puan datang lagi bila 6 atau 7 bulan nanti ye untuk confirm sekali lagi."

Aku boleh nampak effort doktor nak jugak-jugak bagi aku nampak jantina baby, tapi baby memang tak nak duduk diam langsung. Lepas tu doktor sambung lagi, 

"maaf puan, memang tak jelas. Tapi firasat saya kata anak puan ni lelaki. Tengok dia. Buas sungguh."

Doktor tu pakai purdah, tapi tengok mata dia aku tau dia tengah senyum kat aku. Lepas setel semua, aku dengan B tanya doktor, if ada apa-apa lagi yang kami perlu tau. Tapi doktor cakap, so far tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa? Macam tu je? "Well, no news means good news. Puan faham kan. Yang kita takut nak dengar bila doktor cakap saya ada perkara nak bincang dengan puan. Ha, yang tu baru kita takut." 

        Betul jugak cakap doktor. No news means good news lah. So, inilah hasilnya. Jeng, jeng, jeng................

'Makhluk' kecik ni tamao duk diam. Eh, hidung dia macam hidung aku. Thihihi ^_^

Castleville Legends!!


Castleville Legends
               Weekend lepas banyak masa aku disia-siakan dengan main Castleville Legends je. Berjam-jam main. Sabtu lepas, kami lepak kedai makan tengok Liga Super Terengganu VS Pahang (Penyu menang 2-0, ahaks). Sian B, Astro Arena tak tunjuk match Kelantan, terpaksa tengok match Ganu. Dalam orang ramai riuh rendah tu, boleh tak kami berdua, masing-masing dengan gadjet masing-masing, main Castleville, angkat muka cuma bila orang jerit GOLL!!! aje. At least aku tengok jugak la match tu sebab aku kan orang Ganu (sebenarnya sebab aku ada order mee goreng mamak). Pastu masa 2nd half, batt Ipad habis. Choii!

               Seriously, aku rasa aku dah addicted. Dan sebagai orang yang memperkenalkan game ni kat aku, aku menyalahkan B 100% atas aku punya ketagihan ni. Muahaha.
Abang, jom main Castleville!

Happy Birthday Mr. Asyraf


               Rasa macam sangat baru lagi aku post entri birthday baby hoerbiger ni. Tengok-tengok tahun ni dah sampai birthday dia lagi. Ish, ish, ish. Cepat sungguh masa berlalu. Dah nama pun celebrate kat office, ala-ala kadar je la. Sambil buat kerja, sambil celebrate. But still meriah.

               So Asyraf, Kak Ilah doakan semoga panjang umur, murah rezeki, cepat-cepat bertemu jodoh dan terus success ye. K, ni ada sikit gambar la aku sempat snap td.

Happy birthday Mr. Asyraf!!

Birthday Boy =)

Hoerbigerians

Ni, birthday boy punya abang. Boo!!

Menggenggam penumbuk sambil menjeling kak Ja. Apa maknanya tu abang Man?

Anak orang dan bapak orang. Sebab tu nampak tak sebaya.

Jemput makan kawan-kawan.

Mild Contractions at 36 Weeks


               Aku tak tau apa symptoms atau macam mana rasanya orang dah dekat nak bersalin (selain dari pembacaan) sebab tak pernah alami lagi. Tapi start last-last minggu ke-35 sampai dah masuk minggu 36 ni, ada rasa lain macam sikit. Benda-benda yang tak pernah rasa sebelum ni.

               Contohnya macam perut yang menegang dan mengeras. Sebelum ni dah biasa rasa perut macam keras-keras gitu, tapi last Monday nite, perut aku menegang dari pukul 8 sampai pukul 11. Memang agak tak selesa, tapi tak sakit pun. Ateh balik dari Tuisyen, dia tanya nape aku nampak macam pucat. Siryes aku tak rasa sakit. Tapi memang lepas 3 jam berkeadaan macam tu aku macam dah keletihan sangat.

               Sekarang ni pun perut asyik rasa senak sikit-sikit dan sekejap-sekejap yang buat kita jadi confuse sendiri, aku ni nak beranak ke nak 'berry' nih? Setiap kali baby gerak pulak akan terasa ngilu yang amat-amat sangat kat pangkal ari-ari (biasanya cuma jadi bila nak kencing), sampai rasa macam gall bladder tu nak burst padahal tak nak kencing pun. Too much info is it?

               Aku dan nasi putih panas-panas dah mula berkawan baik sekarang. Pantang nampak nasi, mesti nak melantak aje kerjanya. Tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja mesti sepinggan nasik dah masuk dulu dalam perut. Every morning without fail. Yang best nye, hari-hari lauk ikan panggang kosong camtu je dengan nasi putih. Yang itu 'major breakfast' (terms rekaan aku semata-mata). Sampai office, dah pukul 9 lebih camtu I'm having 'minor breakfast' pulak. Minum hot Milo ke, hot Chocolate, Nestum, tak pun horlicks with cereal, oats. Ikut selera aku pada hari tu la.

               Selain tu, aku punya biological clock pun dah tukar habis. Dulu aku handover Pusat Tuisyen dekat ateh sebab nak rehat dan nak buat preparation untuk baby pada malam hari. Tak pun setelkan personal matter macam basuh baju ke, lipat baju ke, kemas bilik ke sebab siang gotta go to work. Sekarang aku prefer bangun 4.30 atau 5.00 pagi dan mulalah hari busy aku. Semua aku setelkan di awal pagi sebelum masuk office sebab malam, pukul 8.30 dah 'black out'. Sempat tengok Ariana Rose aje, berita tak sempat habis lagi dah kiok dulu.


               Aku semacam ada firasat halus yang merasakan aku akan bersalin lebih awal dari jangkaan. Semalam, masa buat final scan pun doctor macam bagi hint yang sama. Ni yang menguatkan lagi firasat aku neh. Entahlah aku ni dah ready ke belum. Tak kisahlah mana-mana pun, atau bila-bila masa pun. Aku cuma nak selamat semuanya.

Mommy & Daddy HIV Test - 2nd Check Up


2nd CHECK UP (10th Sep 2013)

Assalamualaikum.
             Entri ni ialah sambungan dari entri Buku Pink dulu. Saje je nak mengimbau kenangan. Aku terfikir nak refer Buku Pink tu, pastu nak update cerita pasal both, baby check up dan baby scanning ni ikut kronologi masa.

Kenapa tak update terus masa pergi check up tu? 

  1. Yelah, masa tu kan 1st trimester. Aku sedang dilanda alahan yang sangat teruk. Nanti aku cerita pasal dugaan masa 1st trimester but for now ceritanya pasal masa aku pergi 2nd check up. 
  2. Masa tu my little baby baru je 14 minggu. Sangat vulnerable dan macam tak elok cerita banyak-banyak sangat pasal baby masa awal kehamilan kan.
             Seperti yang kita semua tau (kalau tak tau, meh nak bagitau), sekarang ni bukan bila nak kawen je kena buat blood test. Sekarang, setiap kali hamil both husband & wife kena buat blood test. Dari pembacaan aku sebelum-sebelum ni, tujuan blood test ni dijalankan adalah untuk mengesan perbezaan rhesus(Rh) darah suami dan isteri. Kalau lain, nanti problem kat baby =( Ok, malas nak bebel, sila baca di sini. Selain tu, blood test during pregnancy jugak adalah untuk kesan kalau-kalau ibu ada sebarang infection contohnya:-
  • rubella (German measles)
  • Sifilis
  • Hepatitis B
  • Hepatitis C
  • HIV
Tapi, aku pun tak sure dekat Klinik Kesihatan ni ada ke tak buat test-test ni semua. Yang aku ingat, B cuma kena prick dekat hujung jari (untuk HIV test) tapi aku kena cucuk dekat lengan dengan jarum besar gabak pastu banyak giler darah aku nurse amek (sungguh tidak adil). But I feel relief for him sebab B memang takut jarum. Mujur jugak dia tak kena cucuk dekat lengan.

Botol camnilah diorang penuhkan dengan darah aku. Pic source: blood test
             Aku dan baby tak ada sebarang masalah, syukur Alhamdulillah. Masa tu doktor yang consult aku Dr. Nur Syazwani. Dia tanya ada apa-apa masalah ke. Aku ceritalah yang aku amek Piriton/Cetrizine sebab aku ada resdung. Tapi bila mengandung ni aku stop amek semua medication selain vitamin untuk orang hamil. "So, apa suggestion doktor?" aku tanya dia sebab selsema pagi-pagi dan alergi pada habuk ni memang agak menggangu kehidupan seharian aku la. Doktor tu suggest Normal Saline sebab itu cuma Sodium Chloride a.k.a air garam yang tak bagi effect pada baby.

P/s: sampai hari ni aku tak beli pun Normal Saline tu. Aku cuci muka pakai sabun D'Qisty aje bila gatal-gatal muka datang. Hilang jek gatal tu, kira ok la tu. Hehe.

Goodbye Kasut Tumit Tinggi =(


Pic source: red stilettos

               Minat aku pada kasut tumit tinggi ni bermula ketika post-graduate. Berkerja sebagai pensyarah di sebuah private college mewajibkan tenaga pengajar wanita mengenakan make-up dan berkasut tumit tinggi. Sila akur kalau tak nak dilayangkan surat tunjuk sebab. Eksploitasi terhadap wanita sungguhlah korang ni. Dahla aku mengajar Occupational Safety & Health, pemakaian aku pun dah tak menggambarkan seseorang yang mementingkan keselamatan dan kesihatan.

               Cukuplah itu sebagai mukaddimah. Di situlah bermulanya cinta aku terhadap kasut tumit tinggi ni. Walaupun macam-macam artikel dah aku baca pasal bahaya high heels ni, beratus-ratus post di fb, tapi tetap degil. BEAUTY IS PAIN. Ada faham? Sekarang walaupun dah berkerja di company yang tak ada tetapkan kod pakaian, aku tetap seronok mengumpul high heels. Hobi. Nak buat camne, walaupun pakai tak selesa dan kadang-kadang kaki sakit, tetap nak pakai jugak.

Saintis pun cakap bahaya pakai high heels.
               Somewhen around July, bila B dapat tau aku pregnant dia dah haramkan sebarang jenis kasut bertumit. Tak kira la, Stiletto ke, Wedges ke, Platform ke, hatta Kitten Heels yang tumit cinonet tu pun dia tak bagi. Sob, sob T_T Tapi yelah, untuk kebaikan budak dengan mak budak jugak. Kalau kau tergelincir ke, hape ke, tergeliat ke kaki tu, pandai pulak merengek bagitau laki kan. Jadi, nak elak dari terjadi macam tu, jangan durhaka dan jangan lawan cakap laki tuh.

               Sebagai galakan untuk aku mula pakai kasut tapak rata, B pun bawak aku pergi kedai kasut beli kasut baru. Dan bermulalah episod duka dalam hidup aku. Sekarang semua kasut/sandal aku B yang pilih. Kriteria wajib:-

 - bertapak rata serata-ratanya
- tapak mesti grip
- material lembut yang tak sakitkan kaki
Nampak tak betapa soal rupa bentuk dan warna langsung tak dipertimbangkan di situ. Nampak selesa kat mata dia, muat kaki aku, bawak pergi kaunter, bayar. Aku cuma tak kisah sebab beli pakai duit dia jek. Ngee~~

               Sebenarnya, kasut tumit tinggi ni bukan tak bagus untuk ibu mengandung je. Perempuan tak mengandung pun tak elok jugak pakai (lelaki ada ke pakai?). Bukan aku kata, pakar kata. Baca di sini. Tengok gambar kat bawah ni. Kasut macam ni walaupun cantik (dan rasa seksi bila pakai, aww), tapi dia menambahkan tekanan pada kaki, seterusnya bagi kesan pada postur badan, lutut, betis, tendon achilles, tumit, buku lali dan tulang-temulang pada kaki korang tu. Eh, kaki aku jugak.


               Itu baru kesan pada perempuan tak hamil. Kalau hamil lagilah bahaya. Aku ada baca dekat page Baby Center, during pregnancy ligamen-ligamen yang support bahagian bawah belakang jadi lemah, tegang dan ada high tendency untuk rosak. Bila pakai high heels, dia akan alter postur badan dan bagi lebih tekanan dekat bahagian yang lemah tu. Mungkin ada hikmahnya semua kasut dalam koleksi aku tenggelam dek banjir baru ni. Ada certain kasut tu, macam kasut hadiah hantaran kahwin aku tak sempat pakai lagi. Yang pakai masa majlis resepsi pulak, baru pakai sekali. Bolehlah aku mulakan gaya hidup sihat dan mula beli flat lepas ni.

Tinggal beberapa pasang ni aje yang sempat diselamatkan.
               Akhir kata, selamat tinggal kasut tumit tinggi & stiletto yang seksi, cantik lagi menawan.......


36 Weeks - 4 Weeks To Go


               Hari ni baby dah cukup 36 minggu. Minggu lepas, 5/2/2014 masa 35 minggu Doktor kat Klinik Kesihatan scan baby, dia cakap baby dah 2.2 kg. Cuma saiz dia kecik macam 33 minggu. Tapi tak ada masalah sebab mama dia pun tak besar mana. Doktor suruh buat final scan dekat Al-Farabi =)

               Ok, for now, jom check progress baby.


Pilih tab PREGNANCY
  • Dekat topik popular, choose FETAL DEVELOPMENT IMAGE. Lepas tu tengok pregnancy dah berapa bulan:-
Aku pilih 36 minggu.

  • Tadaa!!! Dah keluar gambar baby tu:- 
Anyonyonyo, comelnye dia duk terbalik camtu.

Makan Angin Kuala Cry


Hai korang, ni cerita weekend aku.

               Last weekend, aku pergi makan angin for the last time. Maksud aku last sebelum aku deliver baby aku (bukan taknak makan angin forever tau) dan kalau ikut due date aku, this is the very last time agaknya aku travel jauh-jauh camni dengan B. Lepas ni bakal bertiga dah.

               Kalau ikutkan mak dan abah mertua aku, diorang dah tak bagi aku jenjalan dah apatah lagi nak travel 5 hours ++ camni. Tapi nak buat camne, dah menantunya keras kepala. Alaa, takde hal punya, balik kampung je kot. Lagipun balik kampung kali ni best sebab aku tak balik berdua dengan B macam selalu. Aku angkut mama, adik Izzah dan atuk sekali. Tadaaa!!

Seronok korang jenjalan + shopping2 ye. Hehe.
               Kami akan berada di Kelantan lebih kurang 3 hari. Khamis malam bertolak ke Kuala Krai dan gerak balik Kemaman pada Ahad pagi. Aku amik annual leave hari Jumaat tu.

               Khamis malam tu kami gerak dalam pukul 8.40. Dengan aku dan B dua-dua keletihan baru balik kerja. B lagilah, baru sampai rumah dari Gebeng. 40 minit drive. Pastu nak kena drive lagi. So, aku pun dengan nada bertolak ansur, "takpelah ayang drive dulu. Nanti penat, abang sambung pulak k". Ops Sikap sempena Tahun Baru Cina belum habis lagi jadi banyak kali jugaklah kami jumpa road block sepanjang jalan tu. 
               Ada cerita best pasal road block tau. Ceritanya macam ni. Mula-mula masa kena tahan polis dekat Setiu, aku dengan muka confident hulur lesen aku. Polis tu cakap "Eh, ni lesen L ni. Mana boleh bawak penumpang." Barulah gelabah bukak purse cari lesen betul. "Ok, jalan-jalan." Hehe. Tak memasal jek. Masa kami nak masuk sempadan Kelantan pulak, aku nampak kon oren polis dengan polis ramai-ramai tepi jalan dari jauh lagi. This time lesen aku dah siap sedia atas dashboard (sebab tadi dah kena tahan kan). Aku dengan muka confident (sekali lagi), berhenti, turunkan cermin, "Assalamualaikum Encik". Kali ni polis tu tak mintak lesen. Dia senyum aje kat aku. Sekali B sound aku
Sayang, polis tu Cina la. Awak bagi salam kenapa? Abang kenal la polis ni, dia memang selalu jaga sempadan ni.
Kuang, kuang, kuang. Manalah aku tau. Musim-musim ni ada jugak polis berbangsa Cina yang tak cuti raya. Selamat bertugas abang polis ^_^ Patutlah muka cam Chinese look je.

               Aku drive dari Kemaman sampai Dungun. Singgah makan dekat Dungun. B take over sampai Setiu, dan aku pulak take turn sampai Kuala Krai. Sampai sana dah pukul 2 lebih camtu. Kesian tuan rumah kena layan kitorang sampai pukul 3 lebih, baru masuk tidur.

Jumaat, 7 Feb 2014

              Just get some rest dari perjalanan yang memenatkan semalam. Petang harinya, ma dan abah bawak kami jalan-jalan umah Mek (umah nenek sebelah abah B). Sembang-sembang (terlongo mama dengan atuk tak faham dengar diorang kecek Kelate), siap dapat buah tangan limau bali lagi untuk bawak balik Kemaman.

               Malam, kitorang goreng keropok lekor dengan karipap yang dah bawak siap-siap dari Kemaman, lepak-lepak tengok Maharaja Lawak Mega yang tak berapa lawak tu. Sebelum tu Pahang menang 3-2 dengan JDT. Yeeha, yeeha!!

Sabtu, 8 Feb 2014

              Aku memang dah niat, kalau mama dan atuk sampai Kuala Krai lagi sekali (diorang pernah sampai masa majlis sambut menantu dulu), aku nak bawak diorang pergi Pasar Tani. Untuk pengetahuan korang Pasar Tani ni dibuka tiap pagi Sabtu. Dalam pukul 11 camtu dah tutup dah. Pasar Tani diorang heaven woo, banyak gerai, murah-murah, macam-macam ada. Baju, makanan, barang-barang rumah, barang-barang basah (sayur-sayur & lauk-pauk), tudung-tudung (ni feveret gue), selimut/ langsir bundle, anak-anak pokok, sampai ikan laga dengan kura-kura pun ada jual.

               Aku terpaksa tinggalkan mama, atuk, adik-adik, ma & abah shopping dulu sebab aku sikit-sikit nak kencing. Baru sampai, nak kencing lagi. B lah yang duk temankan aku ulang-alik dari pasar tani ke tandas awam =( 


Tangan yang menyebok buat peace kat tepi tu, tangan B. Handbag aku pun B yang bawakkan.

               Atuk dan mama berjaya menghabiskan duit dan membawa pulang hasil yang agak boleh tahan jugaklah. Sampai ranap kereta aku dibuatnya. Tikar, makanan, buah, atuk beli buah tangan untuk menantu-menantu perempuan dia, baju. Huhu. B pulak, macam biasalah. Tanpa segan silu dan syak wasangka menuju ke gerai yang jual anak-anak pokok.

"Abe, ni pokok apo be?"

Tersenyum puas selepas berjaya menyambar anak pokok cili warna purple dengan anak pokok delima.
               Ingatkan cerita shopping kami just habis kat situ. Betis aku memang dah sengal habis sampai ke paha (malam sebelumnya kena cramp masa sedang tidur, siangnya pulak berjalan tak hengat dunia). Tapi abah tak puas hati lagi. Dia plan lagi malam tu nak bawak kami pegi Wakaf Che Yeh yang feymes sangat tu.

               Ni adalah first time aku sampai Wakaf Che Yeh. Meriah sangat. Barang pun sangat murah nak compare dengan Kemaman. Almost separuh harga lagi murah dengan kualiti yang sama. Sempat jugak sambar baju dengan tudung beberapa helai. Mama dengan atuk memang tak hengat dunia dah membeli-belah. Next time, kalau nak ajak diorang datang Kelantan lagi, aku kena make sure bawak kontena nak angkut barang-barang diorang. B pulak datang Wakaf Che Yeh dengan satu je niat yang tulus murni, BELI JERSEY THE RED WARRIOR. Dan malam tu, Kelantan kalah 1-2 dengan Perak. Sabolah B, takde rezeki la tu. Huhu.

Sukelah tu. Tiap-tiap tahun mesti nak Jersey TRW yang latest punya.
Di hadapan rumah ma. Thanks abang, bawak Si Labu pegi jalan-jalan.


Ahad, 9 Feb 2014

               Hari ni dah nak gerak balik. Sob, sob. (T_T) Tak puas tau duk kampung. Dahla Kuala Krai ni sejuk, siap berkabus bagai. Terasa macam kat Scotland pulak. Hari ni last la aku dapat makan nasi kerabu Kelantan. 3 hari duk sini, tiap-tiap hari abah belikan nasi kerabu untuk menantu dia nih. Lagi, abah belikan aku jeruk kelubi, macam-macam jenis kuih-muih yang aku pun tak tau nama. Sebelum balik tu merasa jugaklah aku mandi kolah kat tepi rumah ma ditemani B, pacat dan katak pisang laki-bini. Atuk pun macam sayu je cakap "tak taulah bila boleh sampai sini lagi".

               Perjalanan balik, B yang drive. Aku drive bila start masuk highway je. Pastu kitorang singgah minum air nyior muda dekat Pantai Kemasik.

B tamao snap gambar meter sebab tak nak galakkan aku memandu laju katanya. Ceh, tergugat la tu.


Takpelah mama, atuk, adik. Ada masa, kita datang lagi k =)


 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol